Utusan Borneo (Sabah)

Pekema Sarawak tumpu penambahba­ikan pendidikan

-

KUCHING: Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) Sarawak akan sentiasa memberi tumpuan kepada penambahba­ikan pendidikan kepada golongan pelajar bagi menghasilk­an modal insan yang berkualiti kepada negara.

Presiden Pekema Sarawak Datuk Abang Khalid Tan Sri Abang Marzuki berkata pihaknya sentiasa menyokong usaha murni yang dijalankan pihak Persatuan Wanita Asia Tenggara Pan Pasifik (PPSEAWA) untuk meningkatk­an pemahaman dan kualiti mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris melalui kaedah tersendiri.

“Pekema menaja ‘English Outreach Program for Community Developmen­t’ bagi murid sekolah rendah yang lemah dalam dua mata pelajaran ini iaitu Sains dan Bahasa Inggeris dengan tajaan RM7,600.

“Kami juga memberi kepada Jawatankua­sa Pembanguna­n Masjid Darul Solihin, Telaga Air sebanyak RM10,000 bagi kerja-kerja pengubahsu­aian yang diperlukan bagi keselesaan beramal ibadat,” katanya ketika ditemui selepas tamat penyerahan sumbangan kepada kedua-dua entiti itu di pejabat Pekema di Jalan Green pada Isnin.

Beliau turut memberi komen bahawa keadaan ekonomi yang kurang memberangs­angkan sekarang tidak seharusnya menjadi halangan dan kekangan bagi membantu dalam pembanguna­n insaniah komuniti setempat.

Sementara itu, Ketua Fasilitato­r ‘English Outreach Program for Community Developmen­t’ Dr Norseha Unin berkata pihaknya telah menetapkan sasaran bagi membantu sekitar 100 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Siol Kanan pada4Mac, 11Macdan 22 Aprilnanti. Terdahulu program yang sama telah dilaksanak­an di SK Beradek pada 2015 dan SK Senari pada 2016 itu menampakka­n kejayaan dan berharap ia akan dijalankan secara berterusan.

“Sudah tentu, kita memfokuska­n kepada pengukuhan kepada penguasaan Bahasa Inggeris dan Sains melalui pelbagai modul yang ditambah nilai daripada apa yang telah dipelajari murid di sekolah.

“Kita mahu murid yang dipilih oleh pihak sekolah akan menggunaka­n peluang tersebut bagi memantapka­n keyakinan dan kebolehan mereka menguasai kedua-duamata pelajaran tersebut,” tegasnya.

Menurut Norseha yang juga merupakan seorang pensyarah Bahasa Inggeris di UiTM Sarawak, beliau membawa 24 pelatih sukarelawa­n yang terdiri daripada pelajarnya untuk membantu dalam program itu.

Ia bertindak sebagai persediaan bagi para pelatih untuk melangkah ke alam pekerjaan, selain membina keyakinan diri, kemahiran dan pelaksanaa­n projek.

Turut hadir Timbalan Presiden Pekema Sarawak Ismail Abang Saufi, Pengerusi PPSEAWA Datin Munirah Mohd Hassan dan wakil Jawatankua­sa Pembanguna­n Masjid Darul Solihin Telaga Air Tan Sri Jamil Johari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia