Utusan Borneo (Sabah)

KDMM tekad permulaan menang

Layan MOF FC pada saingan Piala FA di Std Likas malam ini

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

Perlawanan pertama ini memang mendebarka­n kerana ia adalah gambaran pertama terhadap persiapan dilakukan selama ini. DATUK PETER ANTHONY Presidenny­a

KOTA KINABALU: Sabah KDMM FC bertekad membuat permulaan menang apabila melayani kunjungan MOF FC pada saingan Piala FA di Stadium Likas malam ini (sepak mula jam 8.15 malam).

Presidenny­a, Datuk Peter Anthony berkata, ia adalah harapan semua untuk pasukan itu mencatat kemenangan dan beliau berharap ianya dapat direalisas­ikan menerusi persembaha­n terbaik pemain.

“Perlawanan pertama ini memang mendebarka­n kerana ia adalah gambaran pertama terhadap persiapan dilakukan selama ini.

“Persembaha­n dan keputusan perlawanan juga akan memberi kesan dalam banyak segi dan akan mempengaru­hi presepsi kita terhadap pasukan untuk perlawanan akan datang.

“Oleh itu saya mengharapk­an keputusan positif menerusi persembaha­n terbaik daripada pemain,” katanya ketika ditemui, di sini kelmarin.

Ia adalah penampilan pertama KDMM dalam saingan kalah mati Piala FA berkenaan selepas kelab yang dibarisi pemain tempatan Sabah sepenuhnya itu beraksi buat julung kali memasuki Liga Malaysia dalam saingan Piala FAM musim lalu.

Peter berkata, penampilan pertama dalam saingan liga Piala FAM musim lalu di mana mereka berjaya mengotakan sasaran mara ke peringkat suku akhir telah memberikan banyak pengalaman dan pengajaran berguna untuk menghadapi saingan musim ini.

“Musim ini kami juga bersaing dalam saingan Piala FA dan kami menganggap setiap perlawanan itu penting dan perlu dihadapi dengan misi mahu menang.

“Kami telah buat persiapan terbaik yang termampu dan saya percaya pasukan sudah bersedia sepenuhnya memulakan cabaran bermula dengan saingan Piala FA esok (hari ini),” kata Peter.

Peter juga percaya barisan jurulatih yang diketuai Andrew Majanggim juga telah bersedia dengan strategi memburu kemenangan.

“Andrew selaku ketua jurulatih, Mohd Yusri (Jamrin) jurulatih penjaga gol dan Henry Saimpon selaku pengurus pasukan adalah bekas pemain senior Sabah. Saya percaya mereka ada idea terbaik untuk menghasilk­an keputusan yang diharapkan.

“Untuk senarai barisan pemain, kita percayakan sepenuhnya kepada Andrew,” kata Peter sambil mengajak peminat bola sepak datang beramai-ramai memberi sokongan kepada pasukan.

Tiket untuk menyaksika­n perlawanan itu adalah RM20 untuk kawasan tempat duduk berbumbung dan RM10 untuk kawan tempat duduk terbuka.

Tiket akan mula dijual di kaunter menjual tiket Stadium Likas bermula jam 10.00 pagi ini.

“Tahun lalu kami mendapat sambutan yang agak menggalakk­an dari penyokong. Saya harap kali ini sokongan akan lebih mantap terutama kerana kami meletakkan sasaran lebih tinggi musim ini.

“Untuk saingan liga, kami sasar mara ke separuh akhir dan matlamat utama adalah naik ke saingan Liga Premier musim depan. Untuk saingan Piala FA ini kami akan cuba pergi sejauh mungkin. Apapun kami akan fikirkan perlawanan itu satu persatu. Malam esok (malam ini) fokus sepenuhnya kepada perlawanan Piala FA,” kata Peter.

Sambil itu, Henry berkata, secara keseluruha­nnya pemain sudah dipersiapk­an dari segi kecergasan, taktikal dan mentaliti untuk perlawanan malam ini.

“Persiapan berjalan lancar cuma tempoh latihan pusat agak singkat iaitu kira-kira sebulan sahaja. Apapun kami sudah bersedia. Saya berharap pemain dapat menterjema­hkan segala yang dipraktikk­an dalam latihan dalam permainan sebenar esok (hari ini).

“Jika pemain dapat melakukann­ya, menuruti strategi yang dirancang dan bergerak sebagai satu pasukan, saya yakin kami boleh mendapat keputusan positif,” kata Henry ketika ditemui selepas sesi pagi latihan di padang Sukma Kompleks Sukan Kota Kinabalu kelmarin.

Kesebelasa­n kemungkina­n KDMM adalah Shairul Boidi, Md Zulfadlish­am, Hardy Charles Parsi, Billy Doliente, Md Ikhmal Akid, Mohd Helmi, Mohd Arfianshah, Ahmad Sabri, Fneckly Baris, Shafie Talib dan Yazili Yunat.

Turut dijangka dalam senarai 18 pemain adalah Aldrian Agus, Melky Balang, Rexjeson Pitirus, Rick Marseel, Klinsmon Aribulan, Azizul Madirin dan Jose Sua Jubin.

Sebagai rekod, kedua-dua pasukan telah dua kali bertemu pada saingan peringkat kumpulan liga Piala FAM musim lalu dan ianya berpihak kepada MOF. KDMM kalah 1-0 pada pusingan pertama di tempat lawan dan hanya seri 2-2 di tempat sendiri di Stadium Keningau.

 ??  ??
 ??  ?? PEMAIN semasa latihan sesi pagi di padang Sukma KSKK kelamrin.
PEMAIN semasa latihan sesi pagi di padang Sukma KSKK kelamrin.
 ??  ?? PETER (kanan) menyaksika­n pemain menjalani latihan.
PETER (kanan) menyaksika­n pemain menjalani latihan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia