Utusan Borneo (Sabah)

636 atlet, 11 sekolah sertai MSSM di Ranau

-

RANAU: Seramai 636 atlet bakal mengambil bahagian dalam Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) kali ke-45 peringkat daerah di Kompleks Sukan Ranau pada 21-24 Februari bermula jam 8.00 pagi.

Kejohanan melibatkan 11 buah sekolah menengah dan 8 zon sekolah dari 72 sekolah rendah, sementara tuan rumah pengelola kejohanan dikendalik­an oleh Zon Tengah terdiri darpada dua sekolah menengah dan 11 buah sekolah rendah di zon berkenaan.

Ketika mempengeru­si mesyuarat akhir penganjura­n itu Pengetua Sekolah Menengah Agama (SMA) Hajah Nuridah Amit berkata, perasmian kejohanan akan disempurna­kan Menteri Pembanguna­n Sumber Dan Teknologi Maklumat Datuk Siringan Gubat.

Beliau berharap semua jawatankua­sa pengelola yang dibarisi guru-guru supaya dapat menjalanka­n tugas masing-masing bagi mempastika­n kejohanan berjalan lancar serta teratur seperti yang telah dirancang awal.

“Kita mengharapk­an kejohanan itu menepati slogan kita iaitu ‘Terbaik, Lancar, Meriah dan Kenangan’ (TLMK),” katanya yang juga Naib Pengerusi 1.

Katanya, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Ranau Siti Hamni Hashim antara yang akan hadir sempena kejohanan itu kelak.

Sementara itu Guru Besar SK. Libang Muhasip Haji Ruman turut mengharapk­an semua Guru Besar Zon Tengah agar memberikan komitmen bersepadu bagi menjayakan kejohanan yang hanya akan dianjurkan oleh Zon Tengah dalam tempoh lapan tahun lagi selaku tuan rumah.

“Berjaya atau tidak kejohanan, adalah terletak di bahu guru-guru termasuk peranan guru-guru besar sebagai pentadbir utama sesebuah sekolah,” tegas Muhasip.

Hadir sama pada mesyuarat itu ialah Penyelia Unit Sukan Pejabat Pendidikan Daerah Ranau Ladius Machi bersama beberapa orang Guru Besar Zon Tengah.

 ??  ?? SEBAHAGIAN Jawatankua­sa Pengelola Kejohanan MSSM daerah Ranau 2017 merakam gambar bersama Hajah Nuridah (duduk tiga dari kiri).
SEBAHAGIAN Jawatankua­sa Pengelola Kejohanan MSSM daerah Ranau 2017 merakam gambar bersama Hajah Nuridah (duduk tiga dari kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia