Utusan Borneo (Sabah)

Fattah Amin tampil lebih dekat bersama peminat

-

PELAKON Fattah Amin tampil lebih dekat bersama peminat menerusi sebuah buku yang berjudul ‘99 Kata-Kata #QalifModen Fattah Amin’ terbitan Idea Kreatif yang telah dilancarka­n di ruang legar NU Sentral Sabtu lalu.

Turut hadir bagi majlis pelancaran buku adalah Aizat dan Kasi Gegar Entertainm­ent (KGE).

Menurut Fattah penggunaan #QalifModen bermaksud perkongsia­n kejayaan di masa kini yang secara keseluruha­n beliau ingin berkongsi dan mengharapk­an buku ini dapat memberikan suntikan semangat dan inspirasi kepada setiap peminat yang menyokong beliau dari dulu sehingga kini.

“Saya pernah berada di dalam situasi yang mana saya dikutuk dan dikritik dan itu tidak mematahkan semangat saya dan membuatkan saya lebih bersemanga­t untuk menambah baik diri saya serta menjadikan diri saya yang lebih baik sampai di mana tahap saya sekarang,” kata Fattah Amin.

Tambahan lagi, gambar-gambar eksklusif dan penggunaan ayat yang ringkas serta makna yang mendalam menjadikan buku ini lebih dekat kepada setiap jiwa peminat yang membacanya.

“Setiap hari adalah hari pembelajar­an, maksudnya kita kena selalu memperbaik­i diri dan terus berusaha dan jangan melakukan kesalahan yang sama,” merupakan antara kata-kata di dalam buku tersebut.

Kesimpulan pengisian daripada setiap kata-kata dari buku ini terlindung seribu satu rahsia di belakang maknanya.

Buku yang berharga RM50 berserta CD single terbaharu ‘Wanita Terakhir’ (versi akustik hasil kerjasama Fastyle dan Kasi Gegar Entertainm­ent) boleh didapati secara dalam talian di Idea Kreatif, MPH, seluruh kedai MPH Malaysia dan juga di Stalker Cafe milik Fattah Amin sendiri. — Bernama

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? MENARIK: Sammo Hung dalam ‘Kung Fu Chefs’ di slot Golden Dragon di TV2 pada 23 Februari.
MENARIK: Sammo Hung dalam ‘Kung Fu Chefs’ di slot Golden Dragon di TV2 pada 23 Februari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia