Utusan Borneo (Sabah)

Hospital Tuaran bakal dilengkapi perkhidmat­an mata

-

TUARAN: Hospital Daerah Tuaran bakal dilengkapi perkhidmat­an hospital mata dan doktor pakar optometrik.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang juga Adun Sulaman Datuk Seri Hj Hajiji Hj Noor berkata perkhidmat­an itu yang bakal beroperasi April tahun ini akan memudahkan pesakit mata di daerah ini menerima rawatan tanpa perlu ke Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu.

“Saya optimis usaha menaiktara­f Hospital Tuaran juga banyak memberi manfaat kepada penduduk tempatan khususnya yang melibatkan rawatan pakar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas perasmian Kem Kesihatan dan Perubatan Mata 2017, di sini.

Hajiji berkata Kem Kesihatan mampu menjadi jambatan terbaik menyedarka­n masyarakat akan kepentinga­n penjagaan kesihatan.

Beliau berharap progam julung kali yang berperanan sebagai kaedah memperkasa masyarakat supaya membudayak­an gaya hidup sihat bagi mencegah mereka daripada mendapat penyakit, perlu diberi penekanan oleh semua pakar perubatan.

Pada majlis itu, Hajiji turut menyampaik­an cermin mata percuma kepada lebih 20 warga emas dan golongan miskin.

Cermin mata itu didermakan Datuk Dr P Muthusamy, seorang pakar mata yang juga profesor di Sekolah Perubatan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Hadir sama Pengarah Hospital Tuaran Dr G Mohan; Pengerusi Lembaga Pelawat Hospital Tuaran Chua Sheng Kian; Presiden Malaysia Hindu Sangam Datuk Dr Mathavan; dan Ketua Polis Daerah Tuaran DSP Abdul Fuad Malek.

 ??  ?? HAJIJI memakaikan cermin mata percuma kepada seorang penerima, diperhatik­an oleh Dr Mohan (kiri), Dr Mathavan dan Chua, dan Dr Muthu (dua kiri, belakang).
HAJIJI memakaikan cermin mata percuma kepada seorang penerima, diperhatik­an oleh Dr Mohan (kiri), Dr Mathavan dan Chua, dan Dr Muthu (dua kiri, belakang).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia