Utusan Borneo (Sabah)

MAHB PERKETAT KAWALAN

Babitkan semua lapangan terbang

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Aspek kawalan keselamata­n di semua lapangan terbang akan lebih diperketat­kan.

Pengerusi Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah berkata langkah berkenaan bagi memastikan tahap keselamata­n lapangan terbang sentiasa terkawal.

Menurutnya setakat ini Malaysia tidak mempunyai sebarang masalah berkaitan keselamata­n di lapangan terbang.

Ketika ditanya berhubung insiden seorang lelaki Korea yang dilaporkan mati dibunuh di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) Isnin lepas, beliau tidak mahu mengulas lanjut memandangk­an kes berkenaan masih dalam siasatan polis.

“Siasatan masih dijalankan dan kami memberikan kerjasama penuh kepada polis kerana kejadian ini berlaku di lapangan terbang negara kita.

“Ia juga melibatkan kes antarabang­sa dan kita tidak tahu bagaimana kejadian ini boleh berlaku.

“Justeru, kita serahkan kepada polis untuk menjalanka­n siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas memberikan taklimat ringkas mengenai perkembang­an perkhidmat­an Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (LTAKK) di sini, kelmarin.

Turut hadir, Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.

Abdul Aziz berkata pihaknya sentiasa berusaha untuk memperketa­tkan kawalan keselamata­n bukan sahaja di KLIA malah di semua lapangan terbang.

Sementara itu, berhubung perkembang­an penambahba­ikan perkhidmat­an di LTAKK, beliau menjelaska­n MAHB mempunyai perancanga­n jangka masa panjang dan pendek untuk dilaksanak­an.

Menurutnya bagi pelan jangka panjang, masalah parkir untuk pesawat syarikat tempatan antara isu yang diutamakan.

“Kita memerlukan indikator bagi kawasan parkir di LTAKK khususnya pesawat syarikat tempatan yang perlu meletakkan pesawat mereka semalaman di lapangan terbang.

“Pada masa sama, kita mahu menampung keperluan lebih banyak pesawat di LTAKK,” katanya.

Selain itu, pihaknya juga merancang untuk membina penambahan bangunan di sebelah kanan dan kiri bangunan sedia ada.

Menerusi rancangan berkenaan, jelasnya, LTAKK mampu menampung sehingga 18 juta penumpang dan keupayaan itu dijangka sehingga 2035.

Sementara itu, Masidi berkata perkhidmat­an lapangan terbang adalah salah satu komponen penting yang mendorong kepada pencapaian aspek pelanconga­n Sabah.

Sehubungan itu katanya, kerajaan negeri sentiasa meneruskan jalinan kerjasama yang baik bersama MAHB.

 ??  ?? KEADAAN dua kereta yang rosak teruk selepas bertembung di Jalan Teringai Laut petang Selasa lalu.
KEADAAN dua kereta yang rosak teruk selepas bertembung di Jalan Teringai Laut petang Selasa lalu.
 ??  ?? ABDUL Aziz (kiri) bersama Masidi (kanan) semasa sidang media kelmarin.
ABDUL Aziz (kiri) bersama Masidi (kanan) semasa sidang media kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia