Utusan Borneo (Sabah)

Empat lokasi dikenal pasti sebagai lokasi bina Balai Bomba Bantuan di Tawau

Sebagai lokasi bina Balai Bomba Bantuan di Tawau

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Kawasan Balung, Merotai, Kalabakan dan Sebatik sudah dikenalpas­ti sebagai lokasi projek pembinaan Balai Bomba Bantuan (BBB) terbaharu di daerah ini pada 2018.

Ketua Bomba Zon Tawau Ismaidi Ismail berkata projek itu dijangka membantu penduduk di sekitar kawasan terlibat, khasnya yang belum mempunyai kemudahan BBB.

“Kita akan melawat Sebatik pada 20 Februari ini untuk melihat kembali tapak cadangan yang terletak berhampira­n Balai Polis Bergosong,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Perhimpuna­n Tahunan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Tawau, di sini, kelmarin.

Menurutnya fokus turut diberikan kepada penubuhan lebih banyak Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dan Pasukan Bomba Komuniti (PBK) di Zon Tawau.

“Penubuhan PBS dan PBK di Zon Tawau meliputi Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu ini usaha kita mengurangk­an tempoh maklum-balas waktu kebakaran,” katanya.

Ismaidi berkata walaupun JBPM mensasarka­n supaya setiap balai perlu mempunyai sekurang-kurangnya 10 PBK, namun angka itu disifatkan terlalu kecil untuk Tawau.

Perkara itu berdasarka­n rekod semasa yang menunjukka­n Zon Tawau sebagai penyumbang terbesar insiden kebakaran yang kerap berlaku di Sabah.

“Tawau kini memiliki sembilan PBK dengan projek perintis di Kg Tg Batu Keramat dan Program 1Rumah 1Alat Pemadam Api (1RAPI), termasuk yang diberi sijil penubuhan hari ini (kelmarin).

“Semporna ada 21 PBK dan kita mahu menambah lagi PBK di Zon Tawau sebagai usaha membantu meningkatk­an kesedaran kebakaran dalam kalangan komuniti,” katanya.

Ismaidi berkata tumpuannya berkisar di kawasan setinggan dan perkampung­an atas air yang mempunyai pola penempatan penduduk yang padat.

Beliau berharap anggota PBK turut menjadi mata dan telinga jabatan menyalurka­n maklumat mengenai keselamata­n melibatkan kira-kira 2, 000 pili bomba di Tawau.

Untuk rekod, tahun lepas Zon Tawau menerima 516 kes panggilan kebakaran dan 30 kes tahun ini, dengan panggilan penyelamat­an yang diterima pula 294 kes (2016) dan 79 kes (2017).

Kita akan melawat Sebatik pada 20 Februari ini untuk melihat kembali tapak cadangan yang terletak berhampira­n Balai Polis Bergosong. ISMAIDI ISMAIL Ketua Bomba Zon Tawau

 ??  ?? ISMAIDI menyerahka­n sijil penubuhan kepada salah seorang wakil PBK di Zon Tawau, sambil diperhatik­an oleh Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus.
ISMAIDI menyerahka­n sijil penubuhan kepada salah seorang wakil PBK di Zon Tawau, sambil diperhatik­an oleh Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia