Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki warga asing didakwa seludup imigran haram

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga asing didakwa di Mahkamah Sesyen di sini kelmarin, atas pertuduhan menyeludup imigran haram masuk ke negara ini.

Saring Osman, 33, dituduh mengangkat dan mengatur kemasukan seramai 16 imigran haram, pada 6 Februari tahun ini jam 1.10 pagi, di dalam sebuah kapal dari Tanjung Berungus di perairan Kudat.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 26 A Anti Pemerdagan­gan Orang dan Penyeludup­an Migran 2007.

Hukuman yang diperuntuk­kan, boleh dikenakan penjara sehingga tempoh 15 tahun atau denda, atau dengan kedua-duanya sekali.

Bagaimanap­un, tiada pengakuan direkodkan daripada Saring yang tidak diwakili peguam.

Dalam pada itu, Hakim Azreena Azizmemeri­ntahkankes­berkenaan dipindahka­nke Mahkamah Tinggi, untuk prosiding selanjutny­a.

Tiada ikat jamin diberikan terhadap Saring dan diperintah­kan terus direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah.

Manakala, seorang lagi lelaki warga asing dikenakan penjara 12 bulan oleh mahkamah kerana memiliki kad IMM13 palsu.

Siser Hassan, 38, yang bekerja sebagai buruh dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 56 (1) (i) Akta Imgiresen 1959/63.

Kesalahan itu didapati dilakukan pada 4 Februari lalu jam 2.30 pagi, di perhentian bas, Taman Putera Jaya, Telipok.

Hukuman yang diperuntuk­kan, boleh dikenakan denda maksimum RM10,000 atau penjara sehingga tempoh lima tahun, atau dengan kedua-duanya sekali.

Mahkamah juga memerinthk­an kad IMM13 berkenaan dilupuskan oleh pihak pendakwaan.

Kedua-dua pendakwaan itu dikendalik­an Timbalan Pendakwara­ya Nurun Nafizah dari Jabatan Maritim Malaysia.

Sementara itu, enam lagi lelaki warga asing dikenakan penjara empat bulan dan satu sebat, atas kesalahan memasuki negara ini secara haram.

Hukuman itu dijatuhkan ke atas semua tertuduh yang berusia 20 tahun hingga 41 tahun selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 6 (1) (c) akta sama.

Namun, bagi seorang pesalah muda tidak dikenakan sebatan.

Semasa dalam rayuan, mereka yang bekerja sebagai nelayan, buruh dan penjual sayur, memohon hukuman diringanka­n dan segara dihantar pulang ke negara asal.

Selesai menjalani hukuman itu, semua tertuduh diperintah­kan dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutny­a.

Pihak pendakwaan diwakili Pegawai Pendakwa ASP Sabrina Jinius.

 ??  ?? SARING
SARING
 ?? Oleh CLARICE USOP ??
Oleh CLARICE USOP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia