Utusan Borneo (Sabah)

Ops Maksiat Hari Valentine, Jheains cekup lapan pasangan

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Tujuh pasangan khalwat, satu pasangan berkelakua­n tidak senonoh dan tiga disyaki melacur antara yang ditahan di dalam Ops Maksiat di Bandar Tawau.

Operasi yang dijalankan antara jam 10 malam Rabu sehingga 3 pagi kelmarin itu juga menyaksika­n seorang lelaki pondan diserahkan kepada polis kerana tidak ada dokumen.

Pegawai Tadbir Agama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) Tawau Abdul Imam Basirun berkata operasi itu diadakan khas sempena Hari Valentine.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada 16 warga tempatan dan selebihnya lagi warga asing berusia 16 hingga 30 tahun,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo.

Katanya kesemua warga asing terlibat yang tidak mempunyai sebarang dokumen keterangan diri sudah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Manakala, warga tempatan yang ditahan pula disiasat oleh Jheains mengikut peruntukan Seksyen 84 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1995.

“Tujuh pasangan ditahan di rumah tumpangan, sepasang kekasih ditahan di Persiaran Traulsen, dan tiga lagi disyaki melacurkan diri berlegar di bandar mencari pelanggan.

“Mereka ini disiasat oleh Jheains,” katanya serta mengesahka­n operasi tertumpu di rumah penginapan, taman rekreasi, Persiaran Traulsen dan Pantai Batu Payung.

Menurutnya lokasiloka­si tebabit menjadi sasaran operasi berkenaan kerana dipercayai menjadi tumpuan pasangan kekasih yang menyambut Hari Valentine.

Beliau berharap anak-anak muda yang beragama Islam mengelak daripada aktiviti tidak sihat yang melangkaui batas pergaulan dan tidak terpengaru­h meraikan Hari Valentine.

“Sebagai umat Islam, kita kena sedar sambutan ini tidak sesuai dengan ajaran agama kita,” katanya mengenai operasi itu yang turut disertai Majlis Perbandara­n Tawau dan polis. -

 ??  ?? PEMERIKSAA­N identiti terhadap kesemua tahanan dilakukan di IPD Tawau.
PEMERIKSAA­N identiti terhadap kesemua tahanan dilakukan di IPD Tawau.
 ??  ?? ANTARA individu yang dicekup di dalam Ops Maksiat Hari Valentine di sekitar Bandar Tawau.
ANTARA individu yang dicekup di dalam Ops Maksiat Hari Valentine di sekitar Bandar Tawau.
 ??  ?? OPS Maksiat sempena HariValent­ine diketuai JheainsTaw­au turut disertai Majlis Perbandara­n Tawau dan polis.
OPS Maksiat sempena HariValent­ine diketuai JheainsTaw­au turut disertai Majlis Perbandara­n Tawau dan polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia