Utusan Borneo (Sabah)

Ranhill rancang kerjasama dengan institusi pendidikan tempatan

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Ranhill Holdings Berhad melalui anak syarikatny­a, Kumpulan Ranhill Powertron merancang untuk menjalin kerjasama dengan institusi pendidikan awam di Sabah dalam membantu membangunk­an sektor pendidikan di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Tenaga Ranhill Dr Zahrul Faizi Hussein berkata usaha berkenaan akan dilakukan sebagai tanggungja­wab sosial korporat (CSR) Ranhill dalam menyumbang kepada pembanguna­n sosial di Sabah.

Beliau merancang untuk bekerjasam­a dengan Politeknik Kota Kinabalu, Institut Latihan Perindustr­ian Kota Kinabalu dan Universiti Malaysia Sabah pada masa akan datang.

Memandangk­an kebanyakan kakitangan di sini diambil bekerja selepas tamat latihan industri maka, kerjasama akan dilakukan bagi mengambil pelatih daripada kalangan pelajar daripada institusi pendidikan berhampira­n.

“Selain itu, usaha juga dilakukan bagi membantu masyarakat di negeri ini dengan membina janakuasa mikrohidro di Kampung Babalitan, Pensiangan bagi memebekalk­an tenaga bersih kepada penduduk di kampung berkenaan.

“Ranhill juga membantu menyediaka­n set janakuasa di Kota Belud bagi kegunaan kecemasan selepas daerah itu dilanda gempa bumi pada 2015,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa taklimat dan lawatan bersama media di Ranhill Power II (Rugading Power Plant), di sini, kelmarin.

Zahrul berkata dengan hasil yang diperoleh kira-kira RM430 juta, Ranhill akan melaksanak­an lebih banyak program pembanguna­n sosial untuk kepentinga­n masyarakat di negeri ini.

Untuk aktiviti paling terdekat, Ranhill dengan kerjasama Hospital Queen Elizebath (HQE) akan mengadakan kempen derma darah di Ranhill Power Plant pada 21 Mac depan.

Dengan itu, beliau berharap lebih ramai masyarakat di sekitar akan datang bagi samasama menjayakan kempen derma darah berkenaan yang akan bermula sejak awal pagi.

Pengurus Besar Ranhill Power O&M Sdn Bhd Fauzi Ismail berkata dijangka lebih 100 orang penderma akan tampil menderma darah.

Katanya surat jemputan bagi memaklumka­n pelajar Politeknik Kota Kinabalu dan institusi lain berdekatan akan dihantar bagi menjayakan kempen derma darah tahunan itu.

Turut hadir dalam taklimat itu adalah Pengurus Besar Kanan Ranhill Powertron Sdn Bhd Ahmad Jaafar dan Pengurus Besar Ranhill Power II O&M Sdn Bhd Lo Sen Cheung.

 ??  ?? (Dari kiri) AHMAD bersama Zahrul, Lo dan Fauzi bergambar berkumpula­n selepas sesi lawatan bersama media di Ranhill Power Plant II (Rugading Power Plant), pada Rabu.
(Dari kiri) AHMAD bersama Zahrul, Lo dan Fauzi bergambar berkumpula­n selepas sesi lawatan bersama media di Ranhill Power Plant II (Rugading Power Plant), pada Rabu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia