Utusan Borneo (Sabah)

Bot penumpang langar syarat Ordinan Perkapalan Saudagar ditahan

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah bot penumpang yang melanggar syarat sah lesen di perairan Kota Kinabalu, di sini, petang Selasa lalu.

Pengarah Maritim Daerah Kota Kinabalu Laksamana Pertama Maritim Adam Aziz berkata bot penumpang berdaftar SJN01256 Z itu ditahan semasa Operasi Ops Sejahtera yang dijalankan sepasukan anggotanya di sini.

“Semasa menjalanka­n operasi rutin di sekitar lokasi kejadian, anggota kita mengesan sebuah bot penumpang dan menjalanka­n pemeriksaa­n terhadap bot penumpang terbabit.

“Pemeriksaa­n awal mendapati bot yang dikendalik­an oleh empat kru warga tempatan berumur 19 hingga 57 tahun serta seorang tekong membawa enam penumpang warganegar­a China itu dalam perjalanan menuju ke Gayana Resort,” katanya.

Adam berkata pemeriksaa­n lanjut mendapati bot penumpang itu dipercayai melanggar syarat sah lesen mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar 1952/60.

“Kru bot turut gagal melaporkan pertukaran nahkoda selain tidak mempamerka­n lesen asal di atas bot, kita boleh mengenakan kompaun sebanyak RM1,000 bagi setiap kesalahan yang dilakukan terbabit,” katanya.

Tambahnya bot penumpang, tekong sertakru kiniditaha­ndan dihantar masuk ke Jeti APMM Sepanggar untuk siasatan dan tindakan selanjutny­a.

Beliau berkata pemilik bot diingatkan untuk memastikan bot dilengkapi dengan peralatan keselamata­n serta berada dalam keadaan baik dan selamat untuk menjalanka­n operasi.

“APMM akan terus memperkuku­h serta memperkasa pemantauan bot-bot penumpang bagi mengelakka­n kejadian yang tidak diingini berlaku seperti kes bot karam di Pulau Mengalum yang meragut banyak nyawa,” katanya.

 ??  ?? BOT penumpang yang ditunda di Jeti APMM untuk tindakan selanjutny­a.
BOT penumpang yang ditunda di Jeti APMM untuk tindakan selanjutny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia