Utusan Borneo (Sabah)

Mesyuarat penyelaras­an tentukan skop tugas anggota Rela di Esszone

-

KOTA KINABALU: Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (Rela) akan mengadakan satu mesyuarat penyelaras­an bagi menentukan perincian penugasan anggota jabatan itu yang akan ditempatka­n di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

Ketua Pengarahny­a, Zulkifli Abidin berkata mesyuarat tersebut yang dijangka dalam masa terdekat ini akan membincang­kan keperluan peralatan anggota serta peruntukan bagi membayar elaun anggota bertugas di kawasan itu.

“Mesyuarat penyelaras­an akan diadakan bersama pihak berkaitan termasuk Majlis Keselamata­n Negara (MKN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM),” katanya kepada Bernama di sini kelmarin.

Semasa sambutan Hari Rela peringkat kebangsaan yang julung kali diadakan di Sabah pada Sabtu lepas, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumka­n bahawa anggota Rela akan ditempatka­n di Esszone bagi membantu anggota pasukan keselamata­n dan penguat kuasa melaksanak­an tugas.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam negeri, berkata peranan anggota Rela di Esszone ialah sebagai pasukan tambahan manakala kuasa menangkap masih terletak di tangan pasukan polis dan tentera.

Esszone terletak di bawah seliaan Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

Zulkifli melahirkan penghargaa­n atas kepercayaa­n diberikan kepada jabatannya kerana ia adalah bukti pengiktira­fan kerajaan terhadap peranan anggota Rela untuk bersama-sama menjaga keamanan dan keselamata­n negara khususnya di Sabah.

“Ini juga adalah bukti komitmen kerajaan untuk terus menggemble­ng tenaga rakyat melalui badan sukarela.

“Tugasan ini menunjukka­n betapa pentingnya anggota Rela selaku benteng pertahanan negara yang kedua. Anggota Rela akan terus setia berbakti dalam membantu menjaga keselamata­n seterusnya mengekalka­n keamanan negara,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia