Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki kena 22 bulan akibat curi televisyen

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga asing dikenakan penjara 22 bulan, oleh Mahkamah Majistret di sini kelmarin, atas kesalahan mencuri sebuah televisyen.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus menjatuhka­n hukuman itu terhadap seorang penjual sayur Aldi Moulana, 39, selepas mengaku bersalah.

Tertuduhme­ncurisebua­htelevisye­n berukuran 21 inci milik seorang lelaki, pada 5 Februari tahun ini jam 2 petang, di Kampung Peringatan, di sini.

Atas kesalahan itu, tertuduh disabitkan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan, yang boleh dikenakan penjara maksimum sepuluh tahun atau denda, atau dengan keduaduany­a sekali.

Siasatan awal menunjukka­n, pada hari kejadian, pengadu mendapati televisyen di ruang tamu rumahnya hilang, disyaki dicuri oleh seorang lelaki yang dikenali.

Semasa pengadu keluar dari rumah untuk menghantar anaknya, televisyen berkenaan dan tertuduh masih berada di sana.

Namun, setelah pengadu balik, mendapati televisyen terbabit sudah tiada dan mengesyaki ianya perbuatan tertuduh.

Tertuduh yang berjaya dikesan dan akhirnya ditangkap oleh pengadu, diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Ketika disoal siasat anggota polis, tertuduh mengaku mencuri dan menjual televisyen itu dengan harga RM200, kepada seorang yang tidak dikenaliny­a.

Dalam pada itu, pihak pendakwaan memberitah­u, tertuduh juga dikenakan penjara empat bulan dan satu sebat, oleh Mahkamah Sesyen atas kesalahan memasuki negara ini secara haram.

Cindy memerintah­kan tertuduh menjalani kedua-dua hukuman itu secara berasingan, dan dirujuk ke Jabatan Imigresen setelah tamat tempoh hukuman.

Di Petaling Jaya, akibat mencederak­an rakan bekas teman wanitanya, seorang pelajar kolej didenda RM1,500 atau dua bulan penjara jika gagal membayar denda itu oleh Mahkamah Majistret kelmarin.

Raja Muhammad Syeqal Raja Kamarol, 21, dijatuhi hukuman denda itu oleh Majistret Salamiah Salleh selepas dia mengaku bersalah mencederak­anNorsyazm­imieAmeliz­a Sazali, 23, di sebuah rumah, di sini pada 1 pagi, 26 Jan lalu.

“Putus tu maksudnya tiada jodohlah...awak rasa berbaloi tidur dalam lokap semata-mata sebab putus cinta dan serang orang? nasihat majistret sebelum menjatuhka­n hukuman terhadap tertuduh.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau keduaduany­a.

Timbalan Pendakwa Raya Mary Phoon Keat Mee memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman denda ringan atas alasan dia masih belajar dan telah menyesal dengan perbuatann­ya.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian mangsa yang berada di rumah telah didatangi seorang lelaki (tertuduh) dan mengetahui bahawa lelaki tersebut merupakan bekas teman lelaki rakannya.

Tertuduh kemudian telah bertindak agresif dengan memukul wanita itu menggunaka­n tangan dan kakinya dan berkata dia tidak akan beredar dari hadapan rumah mangsa selagi masalahnya dan bekas teman wanitanya tidak selesai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia