Utusan Borneo (Sabah)

Rumah, tiga stor musnah terbakar

Siasatan punca dan jumlah kerugian masih dijalankan

-

Kita berjaya mengelak kejadian lebih buruk berlaku apabila berjaya mengawal dan memadam api daripada terus merebak ke 30 rumah yang terletak berhampira­n FAISAL AHMAD Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Tawau

TAWAU: Sebuah rumah, tiga stor dan sebuah premis pertukanga­n jenis papan musnah dalam kes kebakaran terbaharu di Kg Tanjung Batu Keramat, di sini, kira-kira jam 10 malam, Selasa.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Tawau Faisal Ahmad berkata sebuah rumah bersebelah­an rumah yang terbakar juga turut terjejas 10 peratus.

“Kita berjaya mengelak kejadian lebih buruk berlaku apabila berjaya mengawal dan memadam api daripada terus merebak ke 30 rumah yang terletak berhampira­n,” katanya.

Katanya panggilan kecemasan diterima pada jam 10.12 malam, dan seramai 16 pegawai/ anggota tiba 10 minit kemudian di lokasi bersama empat jentera dan satu utiliti.

Beliau berkata kebakaran itu melibatkan sebuah rumah lama yang tidak lagi digunakan sebagai tempat tinggal, namun beberapa barang milik pemiliknya masih ada di rumah itu.

“Pemilik rumah sudah berpindah ke rumah baharu mereka yang terbakar 10 peratus serta terletak bersebelah­an dengan rumah lama mereka yang musnah terbakar.

“Identiti pemilik rumah dikenali sebagai Abdul Malik Ali,” katanya sambil mengesahka­n pihaknya mengambil masa selama kirakira satu jam untuk mengawal kebakaran.

Faisal berkata dalam insiden itu pasukannya berhadapan kesukaran kerana pili bomba didapati tidak mempunyai air dan pemadaman hanya menggunaka­n air jentera bomba.

Katanya siasatan untuk mengenalpa­sti punca kejadian sebenar dan jumlah kerugian akibat insiden masih sedang dijalankan.

 ?? Oleh AMIR ANUAR ?? KES kebakaran di Kg Tanjung Batu Keramat.
Oleh AMIR ANUAR KES kebakaran di Kg Tanjung Batu Keramat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia