Utusan Borneo (Sabah)

Penunggang motosikal parah dalam nahas jalan raya

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

LAHAD DATU: Seorang lelaki mengalami cedera parah selepas motosikal yang ditunggang­nya terlibat dalam nahas jalan raya membabitka­n sebuah kenderaan jenis Toyota Avanza, dalam kejadian yang berlaku di Kilometer 15, simpang Jalan Lembah Danum, Silam, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa yang identitiny­a belum dikenalpas­ti itu, berusia lingkungan 30-an dikatakan mengalami cedera parah di kepala dan masih tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Hamzah Ahmad berkata ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha sedang dalam perjalanan dari arah bandar Lahad Datu menuju ke Tawau.

Katanya siasatan awal mendapati kedua-dua kenderaan itu dikatakan sedang dalam perjalanan arah yang sama dan sebaik melalui kawasan kejadian, kenderaan Avanza berkenaan dipercayai hendak masuk ke simpang sebelah kanan menuju ke Lembah Danum.

“Dalammasas­ama,motosikal yang ditunggang mangsa yang datang dari arah belakang dipercayai cuba memotong kenderaan itu dari arah sebelah kanan lalu terlanggar bahagian tepi kenderaan itu.

“Impak daripada kejadian itu, mangsa dikatakan telah tercampak ke atas jalan. Mangsa yang parah dan tidak sedarkan diri kemudianny­a telah dikejarkan ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan,” katanya.

Hamzah berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia