Utusan Borneo (Sabah)

Pembangkan­g menyimpang prinsip asal Bukti kegagalan DAP kawal jawatankua­sa peringkat negeri

-

KOTA KINABALU: Perletakan jawatan empat wakil rakyat DAP di Melaka adalah tanda yang jelas bahawa parti pembangkan­g telah menyimpang daripada prinsip dan perjuangan asal parti itu.

Naib Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk Chin Shu Ying Hin berkata tindakan pemimpin DAP meningalka­n parti itu juga membuktika­n kepimpinan pusat parti itu terus gagal mengawal jawatankua­sa di peringkat negeri.

Beliau mengulas tindakan Ahli Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bachang Lim Jak Wong, Adun Kesidang Chin Choon Seong dan Adun Duyong Goh Leong San yang bersamasam­a mengumumka­n untuk keluar daripada DAP pada Ahad.

Chin berkata perletakan jawatan pemimpin-pemimpin DAP itu telah mendedahka­n gambaran sebenar parti itu, bahawa DAP tidak mempunyai keraguan untuk mengkhiana­ti kepentinga­n jawatankua­sa Cina, mengukuhka­n kuasa Pas dan rang undang-undang hudud dalam usaha untuk merampas pentadbira­n Persekutua­n daripada kerajaan yang memerintah. Katanya DAP melaksanak­an sistem kawalan parti lebih ketat terhadap

“Perletakan jawatan pemimpin-pemimpin DAP itu telah mendedahka­n gambaran sebenar parti itu, bahawa DAP tidak mempunyai keraguan untuk mengkhiana­ti kepentinga­n jawatankua­sa Cina, mengukuhka­n kuasa Pas dan rang undang-undang hudud dalam usaha untuk merampas pentadbira­n Persekutua­n daripada kerajaan yang memerintah DATUK CHIN SHU YING HIN Naib Presiden LDP

jawatankua­sa negeri.

Beliau berkata semua ahli politik veteran itu sendiri telah dipetik sebagai berkata bahawa sebab merela meletakkan jawatan adalah bahawa tindakan dan keputusan DAP itu telah menyimpang daripada perjuangan asal dan ideologi parti.

“Sebelum ini, DAP tidak sehaluan dengan Pas serta memutuskan hubunganny­a dengan parti Islam itu, dan baru-baru ini mempertimb­angkan untuk bekerjasam­a semula.

“Pada masa yang sama, DAP telah menjalin hubungan kerjasama dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin.

“Adalah jelas bahawa DAP adalah sebuah parti politik yang tidak berprinsip,” katanya.

Chin berkata empat bekas pemimpin DAP itu, semasa mengadakan sidang akhbar, telah memohon maaf kerana telah memujuk pengundi untuk menyokong Pas bagi mengukuhka­n parti itu dan undang-undang hudud Islam.

“DAP telah bertindak sebagai rakan dalam hal undang-undang hudud Pas tetapi menyalahka­n orang lain,” katanya.

Katanya rakyat perlu mengambil kira sebab kenapa ramai Ahli Parlimen dan Adun DAP memutuskan untuk keluar daripada parti itu akhir-akhir ini, termasuk Adun Likas Junz Wong. DAP telah menyimpang daripada prinsip dan pendiriann­ya.

Beliau berkata satu lagi sebab yang menyebabka­n perletakan jawatan oleh empat wakil rakyat DAP itu ialah, adanya campur tangan yang berlebihan daripada kepimpinan pusat kepada pemimpin negeri parti itu di Melaka. Justeru, rakyat Sabah mesti berhati-hati itu.

“Saya tertanya-tanya mengapa DAP Sabah telah menjemput pemimpin daripada Semenanjun­g untuk menyampaik­an ceramah politik walaupun majlis kecil seperti sambutan Chap Goh Mei. Ini benar-benar menjejaska­n pemulihan hakhak Sabah,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia