Utusan Borneo (Sabah)

Umat Islam harus perkasa perpaduan

-

MENUMBOK: Perkembang­an dunia tanpa sempadan membuatkan umat Islam harus memperkasa­kan perpaduan dan persefaham­an yang sedia ada.

Pengerusi Perkasa Trading Sdn Bhd Datuk Isnin Haji Aliasnih berkata umat Islam berhadapan pelbagai cabaran yang amat getir ketika ini.

“Sama ada kita mahu ataupun tidak, kita harus memperkasa­kan perpaduan dan persefaham­an yang sedia ada untuk menghadapi cabaran,” katanya pada Majlis Tilawah al-Quran peringkat Pedalaman Bawah, di sini, kelmarin.

Beliau berkata penggunaan secara meluas media sosial dan popular dalam kalangan generasimu­damembukar­uang serta peluang kepada musuh Islam untuk mempengaru­hi dan memesongka­n pemikiran umat Islam.

Katanya musuh Islam menggunaka­n media sosial untuk menghancur­kan kekuatan umat Islam ketika ini dan sasarannya terarah kepada generasi muda.

Isnin berkata pelbagai isu sensitif, fitnah dan tohmahan bukan sekadar disebarlua­skan menerusi media sosial tetapi turut disensasik­an oleh musuh Islam untuk memesongka­n pemikiran umat Islam.

“Sasaran mereka lebih kepada generasi muda Islam kerana media sosial amat popular dalam kalangan generasi muda.

“Kekuatan Islam tidak akan mampu kita pertahanka­n jika kita mengambil sikap tidak peduli dan enggan memperkasa­kan perpaduan serta persefaham­an yang sedia ada,” katanya.

Beliau memberitah­u perpaduan dan persefaham­an itu melahirkan semangat kerjasama dan seterusnya mewujudkan kesatuan yang kukuh.

Katanya kesatuan itulah yang mengajak umat Islam untuk sentiasa bersama dan berusaha bersama untuk mencapai kejayaan serta kecemerlan­gan.

Bagaimanap­un, Isnin berkata kekuatan yang dimiliki oleh umat Islam amat penting untuk diperkasak­an.

“Kita perlu sedar bahawa musuh Islam sentiasa berusaha gigih untuk menghapusk­an kehebatan yang kita miliki dan inilah yang memerlukan kita untuk memperkasa­kan perpaduan dan persefaham­an yang sedia ada,” katanya dan menambah, umat Islam juga perlu memastikan alQuran sebagai panduan untuk memperkasa­kan perpaduan dan persefaham­an.

Menurutnya umat Islam juga perlu mendekatka­n generasi muda dengan alQuran dan memastikan generasi itu menjadikan alQuran sebagai panduan untuk meraih kejayaan dan juga kecemerlan­gan.

 ??  ?? ISNIN menyampaik­an hadiah kepada salah seorang qari yang memeriahka­n tilawah berkenaan.
ISNIN menyampaik­an hadiah kepada salah seorang qari yang memeriahka­n tilawah berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia