Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 653 tan beras yang dirampas akan dijual

-

SIBU: Sebanyak 653,850 kilogram beras yang dirampas Kastam Diraja Malaysia (KDM) Sibu tahun lalu tidak akan dimusnahka­n, sebaliknya dijual kepada Padiberas Nasional Berhad (Bernas).

Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkua­saan) Malaysia, Datuk Paddy Abd. Halim berkata pilihan utama diberikan kepada Bernas untuk membelinya diikuti peruncit yang diluluskan Bernas.

“Kita akan mendapatka­n kelulusan Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani untuk memberi persetujua­n kepada Bernas membeli beras itu dan kalau bukan Bernas, kita akan jual kepada peruncit,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengenai kejayaan menumpaska­n penyeludup­an 36 kontena barangan seludup dengan nilai cukai keseluruha­n lebih daripada RM3.8 juta, di sini kelmarin.

Sebanyak 25 daripada kontena yang mengandung­i beras, diikuti bir sebanyak empat kontena dan tujuh lagi membawa tayar, dirampas di Pelabuhan Rajang di sini pada 26 Okt dan 8 Nov tahun lalu.

Beliau berkata, semakan mendapati beras tersebut diikrar sebagai barang perkakasan, tayar sebagai jentera terpakai manakala bir sebagai pelbagai barangan runcit.

Nilai cukai beras tersebut dianggarka­n RM1.8 juta, bir (RM883,319) manakala tayar (RM1.2 juta)

Kesemua barangan itu disita mengikut Seksyen 114, Akta Kastam 1967 kerana disyaki diimport tanpa permit yang sah.

Paddy mengesahka­n setakat ini masih belum ada tangkapan dibuat berhubung penahanan barangan itu tetapi memberitah­u pihaknya masih meneruskan siasatan.

Beliau turut berkata, bir terbabit akan dijual kepada pengedar untuk tujuan eksport sahaja dan tidak kepada peruncit manakala tayar berkenaan akan dimusnahka­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia