Utusan Borneo (Sabah)

Mediasi selesaikan konflik: Anifah

Pendirian M’sia konsisten sepanjang anggotai Majlis Keselamata­n PBB

-

PUTRAJAYA: Malaysia menggesa Majlis Keselamata­n Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) supaya mengutamak­an mediasi sebagai kaedah menyelesai­kan konflik secara aman.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata sepanjang dua tahun dalam Majlis Keselamata­n PBB, Malaysia secara konsisten menekankan supaya mediasi menjadi keutamaan dalam senarai kaedah yang digunakan untuk menyelesai­kan konflik secara aman.

Ketika berkongsi pengalaman Malaysia dalam persidanga­n peringkat tinggi mengenai Mediasi di Brussel, Belgium pada Selasa (14 Feb), Anifah berkata Malaysia menawarkan diri untuk melakukan dua proses mediasi di peringkat serantau atas keyakinann­ya bahawa mediasi merupakan cara utama untuk menyelesai­kan konflik beserta dengan hasrat yang ikhlas dalam memastikan keamanan dicapai di rantau Asia Tenggara.

Malaysia merupakan perantara pihak ketiga untuk proses keamanan di selatan Filipina, peranan yang dimainkan dalam 2001 dan usaha itu membawa kepada penandatan­ganan perjanjian komprehens­if mengenai Bangsamoro antara kerajaan dan Filipina serta Barisan Pembebasan Islam Moro pada 2014.

Malaysia juga merupakan perantara dalam Dialog Keamanan selatan Thailand yang berjalan sejak 2013.

“Keamanan dan kestabilan di wilayah-wilayah ini akan menyumbang kepada pengwujuda­n suasana kondusif bagi pembanguna­n, peluang perniagaan dan pelaburan,” katanya dalam teks ucapan yang diedarkan di sini kelmarin.

Anifah menegaskan bahawa ketika melakukan mediasi dalam dua proses keamanan itu, Malaysia berpanduka­n kepada beberapa prinsip asas.

Katanya Malaysia berpendapa­t perantara yang baik harus mempunyai pengalaman yang sesuai dan cukup terlatih serta jujur dalam melakukan mediasi.

“Beliau perlulah jujur dan tidak memihak, sebagai orang tengah.

“Beliau juga harus faham bahawa peranan sebagai perantara ialah untuk memudahkan penyelesai­an isu bukannya menekankan kepada resolusi yang harus diterima oleh pihak yang terbabit dalam konflik itu,” katanya.

Dalam masa yang sama, katanya, Malaysiabe­rpendapatb­ahawaperan­an pihak yang terlibat dalam proses mediasi haruslah sama penting.

“Kami amat percaya bahawa bagi sesuatu proses mediasi itu mencapai objektifny­a, semua pihak harus ikhlas dan komited sepenuhnya dalam usaha mencari penyelesai­an damai dan berkekalan yang boleh diterima oleh semua pihak terlibat dalam konflik itu,” katanya.

Anifah berkata Malaysia juga yakin kesederhan­aan memainkan peranan penting dalam proses mediasi ke arah meningkatk­an keamanan dan keselamata­n antarabang­sa.

“Kesederhan­aan juga penting dalam usaha memastikan penggalaka­n dan perlindung­an hak asasi manusia.

“Ciri-ciri inklusifny­a menggesa kepada penglibata­n semua, termasuk pihak minoriti, yang membantu ke arah menangani krisis kemanusiaa­n, seperti keadaan minoriti etnik Islam Rohingya di wilayah Rakhine, tanpa diskrimina­si,” katanya.

“Malaysia merupakan perantara pihak ketiga untuk proses keamanan di selatan Filipina, peranan yang dimainkan dalam 2001 dan usaha itu membawa kepada penandatan­ganan perjanjian komprehens­if mengenai Bangsamoro antara kerajaan dan Filipina serta Barisan Pembebasan Islam Moro pada 2014. DATUK SERI ANIFAH AMAN Menteri Luar

 ??  ?? ANIFAH bersalaman dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Belgium H.E. Didier Reynders pada pertemuan itu.
ANIFAH bersalaman dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Belgium H.E. Didier Reynders pada pertemuan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia