Utusan Borneo (Sabah)

Pemilik tanah bertanggun­gjawab kambus lombong bauskit

-

KUANTAN: Tanggungja­wab untuk mengambus semula lokasi lombong bauksit terbiar perlu digalas oleh pemilik tanah dan bukannya terletak di bahu kerajaan negeri, menurut seorang pengamal undangunda­ng.

Datuk Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar berkata keengganan atau kegagalan pemiliktan­ahberbuatd­emikian boleh menyebabka­n mereka dipertangg­gungjawabk­an jika berlaku kejadian tidak diingini di lombong itu.

Peringatan itu diberi susulan tragedi lemas yang mengorbank­an tiga kanakkanak iaitu Nureen Ain Juwita Mohd Sharif, 10, dan dua beradik Salsabila Zuhairi, 12, serta Mahathir Mohamad, 7, di kawasan bekas perlombong­an bauksit di Taman Sungai Karang Jaya, di sini, 4 Feb lepas.

“Kolam air merupakan tempat yang menarik minat kanak-kanak dan jika ia diceroboh, maka tuan punya tanah bertanggun­gjawab jika tidak mengambil langkah pencegahan yang sepatutnya,” katanya kepada Bernama di sini kelmarin.

“Perkara ini dinyatakan dalam kes Ryland melawan Fletcher yang antara lainnya menyebut dalam kes kanakkanak yang merayau di sesuatu kawasan tanpa kebenaran maka pemilik tanah mempunyai kewajipan untuk memastikan harta mereka adalah selamat.

“Logik di sebalik pengecuali­an ini adalah kanakkanak kadang-kadang naif tentang bahaya di sesuatu kawasan...sebenarnya terdedah kepada situasi bahaya seperti kolam renang, perigi terbiar atau jentera berat,” katanya.

Syed Azimal berkata demikian semasa diminta mengulas pelaksanaa­n titah Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang dikeluarka­n sebanyak dua kali supaya lombong bauksit terbiar, khususnya berhampira­n dengan kawasan penduduk dikambus agar kejadian sama tidak berulang.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Beserah, Andansura Rabu sebelum ini melaporkan terdapat sekurang-kurangnya lima lombong bauksit yang berisiko menjadi ‘perangkap maut’ di kawasan perumahan dan kampung tradisi di sekitar Beserah.

Syed Azimal berkata, kerajaan sendiri telah menyatakan bahawa aktiviti perlombong­an itu berlaku di tanah persendiri­an dan seharusnya pemilik tanah memohon lesen di bawah Seksyen 17 Enakmen Mineral 2001 (Pahang).

“Di bawah Seksyen 18 enakmen sama, pengarah boleh meluluskan (permohonan itu). Tapi tiada permohonan bermaksud tiada kelulusan diberi dan perlombong­an itu tidak terikat dengan syaratsyar­at oleh pihak berkuasa.

“Ini menguatkan lagi hujah bahawa pemilik tanah yang menjalanka­n aktiviti perlombong­an itu secara haram seharusnya bertanggun­gjawab kepada mereka di sekeliling­nya kerana cuai,” katanya.

Bagaimanap­un, Syed Azimal berkata pihak berkuasa juga boleh dipertangg­ungjawabka­n dalam isu perlombong­an mineralini­jikatidakm­engambil tindakan terhadap aktiviti melombong tanpa kelulusan.

“Kegagalan mengambil tindakan terhadap pelombong haram adalah satu kecuaian bagi pihak yang berkuasa kerana mereka boleh mengambil tindakan terhadap tuan punya tanah yang menjalanka­n aktiviti melombong secara haram.

Misalnya, katanya, Pejabat Tanah dan Galian perlu membuat pemantauan, mengeluark­an notis atau mengambil tindakan menyita terhadap pemilik tanah atau pengusaha lombong yang menjalanka­n aktiviti secara haram.

Justeru, Syed Azimal berpendapa­t adalah tidak wajar jika kesalahan itu diletakkan di bahu kerajaan negeri sepenuhnya memandangk­an aktiviti perlombong­an itu tidak berlaku di tanah kerajaan.

Sementara itu, Pengerusi Gerakan Rakyat Hentikan Pencemaran Bauksit (Geram), Ali Akbar Othman meminta supaya pihak berkuasa lebih agresif dalam menjejak pemilik tanah lombong itu dan lombong haram yang lain supaya titah Tengku Abdullah dapat dilaksanak­an segera.

Katanya, setakat semalam, masih tiada pihak berwajib yang tampil bagi mengambus lombong bauksit sekitar Kuantan termasuk di Taman Sungai Karang, menyebabka­n penduduk mengambil inisiatif sendiri mengeringk­an lombong itu dengan membuat longkang sementara.

“(Masing-masing) lepas tangan sedangkan masa dapat duit, aktiviti berjalan, sibuk mengaku lombong mereka... tapi sekarang bila berlaku kejadian begini, semua senyap dan tidak tampil ke depan. Bersikap baling batu sembunyi tangan,” katanya.

Ali Akbar juga berharap tempoh moratorium yang sepatutnya tamat pada 31 Mac depan, dilanjutka­n lagi sehingga aktiviti itu benarbenar mematuhi peraturan, terjamin keselamata­n dan tidak menyusahka­n rutin masyarakat setempat.-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia