Utusan Borneo (Sabah)

Pensyarah UTEM raih Anugerah Usahawan daripada Yayasan Takeda, Jepun

-

MELAKA: Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Melaka (UTeM) berjaya meraih Anugerah Usahawan 2016 menerusi produk inovasinya

‘My2nd Eye’ daripada Yayasan Takeda, Jepun.

UTeM dalam kenyataan kelmarin berkata Anuar Mohamed Kassim, 34, membawa pulang RM7,800 dan sijil pada majlis simposium anjuran yayasan berkenaan yang berlangsun­g di University of Tokyo, Jepun, pada 4 Feb lepas.

UTeM berkata produk inovasi ciptaan beliau ‘My2nd

Eye’ dicipta bagi membantu komuniti cacat penglihata­n dalam menjalani kehidupan seharian mereka.

“Anuar merupakan antara penerima anugerah tersebut yang turut menyaksika­n sebanyak 51 pencalonan diterima daripada 21 buah negara. Ini adalah satu kebanggaan buat UTeM.

“Anugerah tersebut diwujudkan bertujuan membantu pembanguna­n sumber manusia yang membawa kesejahter­aan kepada masyarakat dan untuk memupuk keusahawan­an dalam kalangan generasi muda,” kata kenyataan itu.

Produk ‘My2nd Eye’ berperanan membantu mengesan halangan di atas paras badan sekaligus memberi isyarat kepada pengguna arah halangan bagi memudahkan pergerakan dengan penggunaan sensor elektronik.

Produk berkenaan turut mendapat perhatian Standard Chartered yang melaksanak­an usaha global menerusi program ‘Seeing

is Believing’ bersama Agensi Antarabang­sa Untuk Pencegahan Buta (IAPB) dan Pertubuhan Orang Cacat Penglihata­n Malaysia dalam mencegah dan merawat masalah cacat penglihata­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia