Utusan Borneo (Sabah)

SPRM tahan tujuh doktor

Disyaki salah guna profesion lulus Lesen PSV

-

Kesemua doktor terbabit ditahan dalam operasi kira-kira 3 petang Selasa di tujuh buah klinik di sekitar Bukit Mertajam, Batu Ferringhi, Pekan Lama, Gelugor dan Perai serta dua premis dan kios persendiri­an. DATUK ABDUL AZIZ ABAN Pengarah SPRM Pulau Pinang

GEORGE TOWN: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan tujuh doktor kerana disyaki menyalah guna profesion mereka, meluluskan permohonan pemeriksaa­n perubatan untuk memperbaha­rui Lesen Kenderaan Pengangkut­an Awam (PSV), tanpa melakukan pemeriksaa­n terhadap pemohon.

Pengarah SPRM Pulau Pinang Datuk Abdul Aziz Aban berkata pihaknya turut menahan tiga individu yang disyaki terbabit dengan kegiatan itu, iaitu seorang wanita berusia 41 tahun, pembantu sebuah klinik dan dua lelaki yang bertugas sebagai ‘runner’.

“Enam doktor yang ditahan adalah pemilik klinik swasta dan seorang lagi merupakan doktor yang berkhidmat di hospital kerajaan. Pada masa operasi dijalankan, doktor itu menjalanka­n tugas di klinik milik ayahnya.

“Kesemua doktor terbabit ditahan dalam operasi kirakira 3 petang Selasa di tujuh buah klinik di sekitar Bukit Mertajam, Batu Ferringhi, Pekan Lama, Gelugor dan Perai serta dua premis dan kios persendiri­an,” katanya pada sidang akhbar di sini kelmarin.

Beliau berkata SPRM telah menjalanka­n siasatan terhadap kegiatan semua doktor berkenaan sejak Disember lepas, dan mendapati mereka tidak menjalanka­n prosedur pemeriksaa­n terhadap pemohon, khususnya pemandu bas dan teksi yang ingin memperbaha­rui lesen PSV mereka.

“Perbuatan doktor-doktor itu bercanggah dengan syarat kelayakan yang ditetapkan Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) iaitu adalah perkara wajib bagi seseorang pemohon diperiksa sepenuhnya oleh doktor untuk memastikan individu berkenaan berada dalam tahap kesihatan yang memuaskan,” katanya.

Abdul Aziz berkata hasil siasatan turut mendapati kerani yang ditahan itu dibenarkan oleh doktor yang merupakan majikannya untuk meluluskan borang pemeriksaa­nperubatan­dengan menurunkan tandatanga­nnya sendiri sedangkan pengesahan itu sepatutnya dibuat oleh doktor berkenaan.

“Kedua-dua ‘runner’ yang ditahan itu pula memberikan perkhidmat­an kepada pemohon tanpa mereka perlu pergi ke klinik untuk mendapatka­n pengesahan doktor. SPRM turut merampasbo­rangpermoh­onan pemeriksaa­n perubatan, resitresit yang dikeluarka­n kepada pemandu serta cap palsu yang digunakan dalam kegiatan itu,” katanya.

Beliau berkata seorang daripada ‘runner’ berkenaan telah menyediaka­n enam cap palsu atas nama dua klinik dan tiga nama doktor yang tidak wujud bagi meluluskan permohonan yang dibuat ‘pelanggann­ya’.

“SPRM turut merampas 16 buku atau 1,600 keping Borang JPJL8 milik JPJ di mana setiap buku mengandung­i 100 helai borang...daripada 16 buku itu, tujuh buku atau 700 keping borang telah siap ditandatan­gani dan dicop dengan nama doktor dan klinik yang tidak pernah wujud,” katanya.

Beliau berkata kesemua doktor berkenaan serta dua ‘runner’ terbabit menjalanka­n kegiatan berkenaan sejak empat hingga 10 tahun lepas.

“Ini yang menyebabka­n perkhidmat­an mereka popular dalam kalangan pemandu bas dan teksi. Berdasarka­n siasatan awal, pemohon dikenakan bayaran antara RM5 hingga RM30 oleh doktor-doktor tersebut untuk setiap permohonan.

“Gejala ini amat serius dan tindakan perlu diambil dengan segera kerana ia membabitka­n keselamata­n umum dan meningkatk­an kemalangan jalan raya. Bayangkan jika orang awam menaiki bas atau teksi dan tiba-tiba pemandu berkenaan diserang sakit jantung dan sebagainya ketika memandu, ia amat membahayak­an,” katanya.

Abdul Aziz berkata kesemua yang ditahan itu berusia antara 32 dan 74 tahun. Mereka direman dua hari mulai kelmarin.-

 ?? Gambar BERNAMA ?? PENGARAH Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang, Datuk Abdul Aziz Aban (tiga, kiri) menunjukka­n beberapa dokumen palsu yang dirampas pada sidang akhbar kelmarin. -
Gambar BERNAMA PENGARAH Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang, Datuk Abdul Aziz Aban (tiga, kiri) menunjukka­n beberapa dokumen palsu yang dirampas pada sidang akhbar kelmarin. -
 ?? BERNAMA Gambar ?? COP palsu doktor yang dirampas oleh Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang. -
BERNAMA Gambar COP palsu doktor yang dirampas oleh Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang. -

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia