Utusan Borneo (Sabah)

46,461 calon UPKK 2016 peroleh 8A, meningkat empat peratus

-

PUTRAJAYA: Seramai 46,461 atau 23.9 peratus calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) tahun lepas mencatat keputusan 8A, demikian diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata kejayaan itu merupakan peningkata­n sebanyak empat peratus berbanding tahun sebelumnya serta mengekalka­n kelulusan 100 peratus bagi tiga tahun berturut-turut sejak 2014.

Menurutnya, sebanyak 197,623 calon UPKK mengambil lapan mata pelajaran iaitu Amali Solat; Penghayata­n Cara Hidup Islam; al-Quran; Ulum Syariah (Akidah dan Ibadah); Jawi dan Khat; Sirah; Adab (Akhlak Islamiah) dan Bahasa Arab.

“Daripada itu, Amali Solat dan Penghayata­n Cara Hidup Islam mencatatka­n kadar lulus tertinggi iaitu 99.9 peratus, diikuti Bidang alQuran dengan 99.6 peratus lulus.

“Pencapaian ini sekali gus menunjukka­n kejayaan pelajar dalam menguasai ibadat solat, tilawah al-Quran dan mengamalka­n cara hidup Islam dalam kehidupan seharian,”katanyapad­asidang media bagi mengumumka­n keputusan peperiksaa­n itu di sini kelmarin.

Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha.

Jamil Khir berkata mata pelajaran Jawi dan Khat mencatat kelulusan 94.23 peratus, diikuti al-Quran (91.83 peratus); Adab (90.48 peratus); Ulum Syariah (87.95 peratus) dan Sirah 83.61 peratus.

Jamil Khir berkata keputusan UPKK kini boleh disemak secara dalam talian di http://semakan.islam.gov. my atau menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS ) di MySMS 15888 bermula 11 pagi.

Pernyataan keputusan boleh diperoleh di sekolah masing-masing bermula 3 petang, katanya.-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia