Utusan Borneo (Sabah)

IPG Gaya serah bantuan kepada mangsa bencana

-

Rekreasi dan Kebajikan Pensyarah, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya mengorak langkah mendidik pelajar melalui penyerahan sumbangan bantuan mangsa bencana banjir kepada Bulan Sabit Merah Sabah.

Timbalan Pengarah, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya Dr Rosmawati Hamzah berkata penyerahan sumbangan bantuan itu merupakan satu tanggungja­wab sosial IPG kepada masyarakat yang mengalami musibah banjir di Kota Marudu, Pitas dan Beluran.

“Sumbangan berbentuk barangan keperluan dan wang tunai RM1,000 ini merupakan satu komitmen berterusan daripada IPG dalam memberi bantuan kepada masyarakat di negeri ini yang ditimpa musibah bencana sama ada banjir, gempa atau sebagainya.

“Selain itu, aktiviti penyampaia­n bantuan ini juga adalah sebagai memberi pendedahan kepada 28 pelajar bakal guru yang menyertai program ini untuk memahami dan merasai sendiri kesusahan yang dihadapi mangsa.

“Ini secara langsung mendidik sifat insaniah dalam diri pelajar yang bakal bergelar guru untuk terus menerapkan sikap membantu dalam kalangan pelajar mereka nanti, sebagai kesinambun­gan didikan awal erti kemanusiaa­n,” katanya.

Rosmawati berkata demikian ketika ditemui media pada program penyerahan bantuan mangsa banjir dari Kelab Rekreasi dan Kebajikan Pensyarah IPG Kampus Gaya di Rumah Bulan Sabit Malaysia Sabah, kelmarin.

Sumbangan yang diberikan bukan setakat bantuan berbentuk fizikal seperti barangan keperluan harian malah ia turut meliputi sumbangan berbentuk pendidikan mengenai aspek perkongsia­n idea atas asas pendidikan kerana para pelajar memang sudah terlatih dalam kaedah kaunseling.

Katanya sumbangan dan bantuan IPG melalui kolaborasi bersama Bulan Sabit Merah Sabah itu bukan kali yang pertama malah ia berterusan mengikut aspek bantuan yang diperlukan.

“IPG juga banyak terlibat dalam aktiviti kemasyarak­atan bukan setakat bersama BSMM sahaja malah dengan penduduk kampung dan pemimpin masyarakat setempat dalam usaha membantu setiap mangsa yang terlibat bencana di negeri ini,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi II Bulan Sabit Merah Malaysia Sabah Asnan Yunus Chung meluahkan rasa terima kasih kepada IPG Kampus Gaya atas sumbangan bantuan yang diberikan baik dari segi barangan mahupun kewangan serta khidmat perkongsia­n ilmu pembimbing dari kalangan pelajar.

Katanya semoga pengalaman para pelajar itu dapat diteruskan di sekolah tempat bakal guru itu ditempatka­n nanti kerana BSMM Sabah amat memerlukan penglibata­n khidmat ahli BSMM berkemahir­an bagi membantu setiap aktiviti yang dilaksanak­an.

Di samping itu, Setiausaha Kehormat Bulan Sabit Merah Malaysia Sabah Elizabeth Chin Sikayun berkata BSMM menerima pelbagai sumbangan dan derma daripada orang ramai, persendiri­an dan persatuan mahupun kelab rekreasi sejak Januari tahun ini.

“Antara persatuan atau kelab yang sering tampil memberi bantuan seperti Rotary Club dan Jesselton Reds yang memberi sumbangan berbentuk barangan keperluan harian dan pakaian.

“Selain itu, BSMM Sabah turut menerima sumbangan berbentuk wang ringgit berjumlah RM6,000 yang disalurkan terus ke akaun BSMM Sabah,” katanya.

Tambahnya, setiap sumbangan derma bantuan yang diterima, Pengurusan Bencana BSMM akan bekerjasam­a dengan pusat jawatankua­sa bencana di lokasi kejadian bagi menyelaras penyaluran atau penghantar­an barangan bantuan berkenaan.

Terbaharu, katanya, pengurusan bencana BSMM telah menghantar bantuan peralatan dapur Almunif dan barang makanan untuk mangsa yang ditempatka­n di pusat pemindahan di Dewan SK Pekan 2 Pitas.

Elizabeth berkata BSMM turut mendapat bantuan daripada Sabah Land Rover Club (SLRC) bagi menghantar barang bantuan secara besarbesar­an ke Pitas yang diketuai sendiri Presiden Kelab Datuk Henry Hing.

“Penghantar­an bantuan ini terpaksa menggunaka­n lapan kenderaan pacuan empat roda dan tiga lori dengan muatan tiga tan ke kawasan terbabit.

“Kesemua bantuan itu diterima daripada 70 penderma seluruh Sabah berbentuk barangan makanan dan pakaian manakala, 12 penderma lagi menyumbang kepada kewangan.

“Misi ini telah digerakkan sukarelawa­n ahli persatuan dari setiap daerah iaitu BSMM Kota Marudu diketuai Pengerusin­ya Sundian Sapaun, Justin Akun, Pengerusi Daerah Pitas, Tuaran, Putatan dan Penampang.

“Mewakili BSMM Negeri Sabah mengucapka­n berbanyak terima kasih atas komitmen semua pihak terutama para penderma dalam usaha membantu mangsa banjir,” katanya.

Katanya BSMM sedia berkhidmat membantu masyarakat dalam sama ada dari segi perkhidmat­an ambulan, pertolonga­n cemas dalam komuniti dan terima kasih kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah atas kebenaran BSMM menjalanka­n aktiviti penjagaan kesihatan asas di seluruh sekolah rendah di negeri ini.

Turut hadir, Pengerusi Bencana BSMM Mohd Saiful Seman; Penolong Pengarah Belia Kevin Lo; Pengerusi Kelab Kebajikan Staf dan Pensyarah IPG Kampus Gaya Laoius Emor; dan Pegawai Seranta BSMM Leslie Chan.

 ??  ?? ROSMAWATI
ROSMAWATI
 ??  ?? ELIZABETH
ELIZABETH
 ??  ?? ROSMAWATI (enam dari kiri) menyerahka­n sumbangan bantuan kepada Mohd Saiful (tujuh dari kanan) mewakili BSMM Sabah.
ROSMAWATI (enam dari kiri) menyerahka­n sumbangan bantuan kepada Mohd Saiful (tujuh dari kanan) mewakili BSMM Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia