Utusan Borneo (Sabah)

14 pelajar Usia khatam al-Quran

-

KOTA KINABALU: Seramai 14 pelajar kelas mengaji al-Quran Ibu Pejabat Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia) telah menyertai khatam al-Quran, di sini, kelmarin.

Majlis itu dibimbing oleh Ustaz Suharto Soekarni.

Kesemua peserta itu terdiri daripada wanita dan mula mengikuti kelas mengaji itu sejak awal tahun lalu dan kebanyakan mereka adalah suri rumahtangg­a yang tinggal di sekitar Kota Kinabalu.

Kelas percuma yang diwujudkan oleh Bahagian Dakwah Usia itu memberi ruang kepada para pelajar mempelajar­i dan mendalami pengajian al-Quran yang diadakan setiap Rabu bermula 10 pagi hingga 12 tengahari.

Kelas itu dibimbing oleh empat tenaga pengajar terdiri daripada Ustaz Suharto Soekarni sementara para peserta terdiri daripada Marina Chia Abdullah, Salina Saimin, Martina Adok , Zainab Samijan, Arine Jideh, Zainah Mohd Ghani, Siti Noidah Haji A Hassanat, Datin Hajah Zaleha Abdullah, Anisah A h mad, Hajah L air e h Dua s a, Hajah Noridah Siseh, Hajah Rubiah Nordin dan Norlaila Toba.

Sementara itu, Norlaila menjelaska­n semangat membaca al-Quran perlu ada dalam diri semua umat Islam dan panduan dalam semua perkara terkandung dalam kitab suci itu perlu diamalkan.

Katanya membaca alQuran tidak seharusnya dilakukan pada masa tertentu sahaja, sebaliknya perlu berterusan dan mereka yang mempunyai kemahiran perlu berkongsi dengan rakan yang lain terutama ahli keluarga.

“Ia juga mengeratka­n lagi tali silaturrah­im dan hubungan di antara peserta,” katanya.

Marina pula menjelaska­n al-Quran adalah sumber segala pelajaran dan pengetahua­n di dalamnya tentang pembicaraa­n dan ia tidak terbatas kepada bidang keagamaan tetapi meliputi pelbagai aspek kehidupan manusia.

Mereka berharap dapat mendalami lagi pembelajar­an al-Quran dengan mereka yang tahu agama terutama para guru agama dan ustaz.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Usia Datuk Hamzah Mohd Zakaria berkata kelas itu akan diteruskan tahun ini dan mempelawa masyarakat Islam di sekitar Kota Kinabalu terutama yang tinggal di kawasan 1Borneo Jalan Sulaman agar menyertai kelas percuma itu.

Mereka yang berminat bolehlah menghubung­i Ibu Pejabat Usia, Bahagia Dakwah, Wisma Usia, Level 4, Tower D, 1Borneo Jalan Sulaman Kota Kinabalu.

Turut hadir di majlis itu ialah Penolong Setiausaha Agund Usia Datuk Matin Pandin.

 ??  ?? HAMZAH (duduk, kiri), Matin (kanan) dan Suharto (tengah) bersama para peserta.
HAMZAH (duduk, kiri), Matin (kanan) dan Suharto (tengah) bersama para peserta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia