Utusan Borneo (Sabah)

Abang tiri Kim rayu nyawa, dakwa menteri

-

Abang tiri kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-Un, yang telah dibunuh di Malaysia, merayu agar beliau tidak dibunuh selepas satu cubaan yang gagal pada 2012, menurut anggota perundanga­n yang dimaklumka­n oleh ketua pengintip di Seoul semalam.

Kim Jong-Nam, 45, mati selepas dilaporkan diserang dua wanita yang dipercayai ejen Korea Utara di sebuah lapangan terbang di Kuala Lumpur Isnin lepas.

Malaysia telah menahan seorang wanita yang memegang dokumen perjalanan Vietnam yang dipercayai ada hubungan dengan kes tersebut pada pagi semalam di terminal kos rendah Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur, yang dikenal pasti dalam dokumen itu sebagai Doan Thi Huong, menurut kenyataan polis.

“Suspek dikenal pasti berdasarka­n rakaman CCTV di lapangan terbang dan bersendiri­an ketika ditahan,” tambah polis.

Rakaman CCTV di lapangan terbang menunjukka­n salah seorang suspek yang merupakan wanita Asia, memakai baju putih dengan huruf ‘LOL’ di depannya.

Jong-Nam, anak lelaki sulung mendiang bekas pemimpin Kim Jong-Il, pernah dilihat sebagai pewaris namun terkeluar dari senarai pilihan selepas menimbulka­n keaiban setelah gagal pada 2001 memasuki Jepun dengan menggunaka­n pasport palsu untuk melawat Disneyland.

Beliau kemudian menetap dalam buangan sementara, kebanyakan­nya di wilayah Macau di China, sementara Jong-Un mengambil alih negara senjata nuklear yang terasing selepas kematian ayahnya pada Disember 2011.

Pihak Utara pada 2012 telah cuba untuk membunuh Jong-Nam, dikenali sebagai penyokong perubahan di Pyongyang, menurut anggota perundanga­n Seoul selepas taklimat tertutup oleh ketua Perkhidmat­an Perisikan Negara Lee Byung-Ho.

“Menurut (Lee), terdapat satu cubaan (pembunuhan) pada 2012, dan Jong-Nam pada April 2012 telah menghantar surat kepada JongUn menyatakan ‘Tolong selamatkan saya dan keluarga saya,’” Kim Byung-Kee, anggota jawatankua­sa perisikan Parlimen, memberitah­u wartawan.

“Ia turut menyatakan ‘Kami tidak akan pergi ke mana-mana. Kami tahu bahawa satu-satunya cara untuk melepaskan diri adalah dengan membunuh diri’,” menurut beliau, sambil menambah Jong-Nam tidak mempunyai sokongan politik di negara itu dan tidak mengancam kedudukan Jong-Un.

Keluarga Jong-Nam, bekas isteri dan isterinya sekarang serta tiga orang anak, sekarang menetap di Beijing dan Macau, menurut seorang lagi anggota jawatankua­sa Lee Cheol-Woo.

“Mereka kini di bawah perlindung­an pihak berkuasa China,” menurut beliau, sambil menambah JongNam memasuki Malaysia pada 6 Februari, seminggu sebelum kematianny­a.

Pembunuhan Jong-Nam adalah kematian berprofil paling tinggi di bawah rejim Kim Jong-Un sejak hukuman mati terhadap bapa saudara pemimpin, Jang Song-Thaek, pada Disember 2013.

Jang, dikenali rapat dengan China dan penyokong perubahan ekonomi di Utara, telah didakwa atas pengkhiana­tan.

Jong-Nam, dipercayai ada hubungan dengan golongan elit Beijing, lantang bersuara mengkritik secara umum sistem politik Pyongyang.

Beliau mengakui secara peribadiny­a menentang pemindahan kuasa secara keturunan dalam keluargany­a sendiri, semasa temu bual dengan Asahi TV di Jepun pada 2010.

Salah seorang anak lelakinya, Han-Sol, turut menyatakan bapa saudaranya Jong-Un sebagai diktator dalam temu bual dengan sebuah stesen TV Finland pada 2012 ketika sedang melanjutka­n pengajian di Eropah. — AFP

 ??  ?? KIM Jong Nam tiba di lapangan terbang di Beijing, China dalam gambar rakaman Kyodo Sabtu lalu. — Gambar Reuters
KIM Jong Nam tiba di lapangan terbang di Beijing, China dalam gambar rakaman Kyodo Sabtu lalu. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia