Utusan Borneo (Sabah)

Ejen Korea Utara sentiasa aktif

-

Pembunuhan politik ala Perang Dingin membabitka­n Kim Jong-Nam, abang tiri pemimpin Korea Utara Kim Jong-Un yang memerintah sejak kematian bapa mereka pada Disember 2011, merupakan yang terkini dalam senarai panjang angkara ejen negara terasing itu.

Kim mati selepas dilaporkan diracun oleh dua ejen wanita di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur Isnin lalu.

Berikut beberapa serangan maut yang dilancarka­n Korea Utara di wilayah asing.

Serangan Rumah Biru 1968 menyaksika­n pada kemuncak Perang Dingin, sepasukan 31 komando dihantar dari Pyongyang untuk membunuh Presiden Korea Selatan Park Chung-Hee.

Mereka dihalang kira-kira 100 meter dari Rumah Biru kediaman rasmi presiden, pertempura­n bersenjata meletus dan lebih 90 rakyat Korea Selatan maut termasuk ramai orang awam dalam sebuah bas.

Hanya dua daripada 31 komando itu terselamat, seorang berjaya pulang ke Utara dan seorang lagi ditangkap.

Cubaan membunuh Park, mendiang bapa presiden semasa Park Geun-Hye, sekali lagi gagal pada 1974.

Warga Korea pro-Pyongyang yang tinggal di Jepun, Mun Se-Gwang, melepaskan tembakan dengan sepucuk pistol ketika Park berucap.

Dia tersasar tetapi membunuh isteri Park, Yuk Young-Soo, sebelum dihukum mati pada tahun itu.

Di Myanmar pada 1983, ejen penyamaran Korea Utara membunuh 21 orang termasuk empat menteri kabinet Selatan dalam serangan bom di Yangon.

Alat bermasa diletakkan di bawah bumbung Makam Perwira di bandar tersebut bertujuan membunuh presiden Korea Selatan ketika itu Chun DooHwan, tetapi ia meletup sebelum beliau tiba dan menyebabka­n kumpulanny­a terjejas teruk.

Tiga ejen berjaya melarikan diri dari tempat kejadian, seorang dibunuh dan dua lagi ditangkap oleh pihak berkuasa Burma.

Pada 1987, sebuah pesawat Korea Selatan dalam penerbanga­n dari Baghdad ke Seoul meletup di ruang udara Laut Andaman.

Kesemua 115 orang di dalamnya terbunuh.

Dua pengebom dijejaki ke Bahrain di mana ejen lelaki membunuh diri dengan menggigit kapsul sianida yang disembunyi­kan di dalam sebatang rokok ketika mereka dibawa ke lokap untuk tahanan reman.

Seorang lagi ejen, Kim HyonHee, ditangkap dan dihantar ke Seoul, di mana dia mengakui serangan itu bertujuan menjejaska­n penganjura­n Olimpik Musim Panas Seoul 1988.

Wanita itu dijatuhi hukuman mati tetapi kemudian diampunkan.

Dalam pembunuhan pada 1996, diplomat Choi Duk-Keun ditemui dibelasah hingga mati di Vladivosto­ck dalam kejadian yang didakwa media Korea Selatan untuk membalas dendam atas kematian 25 anggota kapal selam Utara setelah kapal mereka terkandas di Selatan semasa cubaan menceroboh.

Saudara mereka sendiri juga tidak terlepas apabila pada 1997, Yi Han-Yong, anak saudara lelaki ibu Jong-Nam, Sung Hye-Rim, ditembak mati di luar rumahnya dan kedua-dua penyerang terbabit tidak pernah ditangkap.

Yi tinggal di Selatan sejak belot pada 1982 di mana dia menerbitka­n buku mendedahka­n butiran kehidupan peribadi keluarga Kim, yang dipercayai punca pembunuhan itu. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia