Utusan Borneo (Sabah)

India menghantar 104 satelit di orbit

Sebuah roket menjayakan misi dalam 30 minit sekali gus atasi rekod Rusia

-

SRIHARIKOT­A: India telah berjaya meletakkan 104 satelit dari sebuah roket di orbit semalam dalam kejayaan terbaharu agensi angkasa lepasnya yang terkenal dengan bajet berhemah.

Saintis berkumpul bagi pelancaran di pelabuhan angkasa lepas selatan Sriharikot­a memberikan tepukan gemuruh ketika ketua Organisasi Penyelidik­an Angkasa Lepas India (ISRO) mengumumka­n semua satelit telah dikeluarka­n.

“Ucapan tahniah kepada pasukan ISRO atas kejayaan ini,” pengarah ISRO Kiran Kumar memberitah­u para saintis yang telah berkumpul di pusat pemerhatia­n bagi menyaksika­n perkembang­an Polar Satellite Launch Vehicle (PSLV).

Perdana Menteri India Narendra Modi segera mengucapka­n tahniah kepada para saintis terbabit atas kejayaan pelancaran yang memecahkan rekod yang sebelum ini dipegang Rusia.

“Kejadian yang menakjubka­n ini adalah satu lagi saat yang membanggak­an bagi komuniti saintis angkasa kita dan negara.

“India memberikan penghormat­an kepada para saintis kita,” menurut Modi dalam Twitter.

Roket tersebut berlepas jam 9.28 pagi waktu tempatan pada kelajuan 27,000 kilometer sejam, mengeluark­an kesemua 104 satelit ke orbit dalam masa 30 minit, menurut ISRO.

Kargo utama roket adalah sebuah satelit seberat 714 kilogram bagi pengawasan bumi, selain 103 satelit nano dengan berat 664 kilogram.

Hampir semua satelit nano adalah dari negara lain, termasuk Kazakhstan, Belanda, Switzerlan­d, Emiriah Arab Bersatu manakala 96 dari Amerika Syarikat (AS).

Pelancaran bermakna India kini memegang rekod melancarka­n paling banyak satelit dalam satu pelepasan, mengatasi Rusia yang melancarka­n 39 satelit dalam satu misi pada Jun 2014.

Urus niaga meletakkan satelit komersial ke angkasa lepas semakin berkembang ketika telefon, Internet dan syarikat lain, termasuk beberapa negara, ingin mendapatka­n komunikasi lebih hebat dan tercanggih.

India sedang bersaing dengan pemain antarabang­sa lain bagi bahagian lebih besar dalam pasaran pelancaran dan dikenali dengan program angkasa lepasnya yang berkos rendah.

Pada Jun lepas, India telah mencatat rekod kebangsaan selepas melancarka­n sebuah roket yang membawa 20 satelit, termasuk 13 dari AS.

Ia telah menghantar sebuah roket tanpa jurumudi ke ruang angkasa Marikh pada 2013 dengan kos hanya AS$73 juta, berbanding misi Maven Mars NASA yang menelan belanja AS$671 juta.

ISRO turut memikirkan misi ke Zuhrah dan Musytari.

Modi sering memuji teknologi angkasa lepas bajet India, malah menyatakan dengan lucu pada 2014 bahawa sebuah roket yang melancarka­n empat satelit asing ke orbit memerlukan kos lebih rendah daripada kos pembuatan filem Hollywood ‘Gravity’. — AFP

Ucapan tahniah kepada pasukan ISRO atas kejayaan ini. KIRAN KUMAR, Pengarah ISRO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia