Utusan Borneo (Sabah)

Rompak van bank di Albania, empat ditahan

-

TIRANA: Pihak polis Albania kelmarin menahan empat suspek yang disyaki terlibat dalam rompakan bernilai AS$3.2 juta semasa penghantar­an wang tunai berhampira­n lapangan terbang utama Khamis lepas dan telah menemui sebahagian wang yang tidak dinyatakan jumlahnya.

Ia merupakan rompakan ketiga menyasari van penghantar­an dalam masa dua tahun di Albania.

Menteri Dalam Negeri Saimir Tahiri mempersala­hkan anggota keselamata­n bergaji rendah yang menurut beliau tidak dapat menjadi wira.

Dua orang lagi yang turut terlibat dalam rompakan itu dikatakan dalam buruan.

Persatuan Bank Albania menyatakan ia kesal telah diserang sekali lagi di kawasan antara ibu negara dan lapangan terbang yang seharusnya menjadi model keselamata­n dan memohon kawalan keselamata­n tujuh bulan dipertingk­at bagi penghantar­an wang sebegitu.

Ketua polis Tirana, Ervin Hodaj menyatakan enam orang yang sama telah menembak dan merompak sebuah lagi van penghantar­an wang bank pada Disember 2015 dalam laluan ke lapangan terbang antarabang­sa.

Seorang anggota kumpulan berusia 33 tahun bekerja dengan syarikat kawalan keselamata­n yang turut dirompakny­a sebelum ini.

Dua orang lagi adalah komando tentera yang berkhidmat di Afghanista­n sebagai anggota pengaman Albania bagi operasi NATO.

Hodaj menyatakan polis telah merampas sejumlah wang asing termasuk pound British, dolar AS, dolar Kanada dan Australia serta euro dan leke Albania, berdasarka­n kepada wang yang dibawa van bank tersebut. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia