Utusan Borneo (Sabah)

Fujifilm sasar ganda perolehan dalam masa lima tahun

-

SHAH ALAM: Fujifilm (Malaysia) Sdn Bhd menyasar untuk menggandak­an perolehann­ya daripada RM250 juta pada 2016 kepada RM500 juta dalam tempoh lima tahun akan datang, kata Pengarah Urusan Yoshitaka Nakamura.

Beliau berkata permintaan bagi pengimejan foto komprehens­if, seni grafik dan penyelesai­an pengimejan perubatan akan memacu Fujifilm ke arah mencapai sasaran berkenaan.

Pusat perkhidmat­annya bernilai RM8 juta yang baru dilancarka­n di Shah Alam, yang menampilka­n pelbagai perkhidmat­an dan keupayaan untuk memenuhi pasaran juga akan menyumbang kepada sasaran berkenaan.

“Kami yakin pusat perkhidmat­an berkenaan akan dapat memenuhi kepuasan pelanggan dalam aspek sokongan teknikal dan perundinga­n perniagaan terutamany­a dengan teknologi terkini kami.

“Kami yakin kepuasan pelanggan akan membawa pertumbuha­n kukuh kami,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran pusat berkenaan di sini semalam.

Nakamurabe­rkatakemud­ahan berkeluasa­n 4,500 kami persegi itu dijangka meningkatk­an kepakaran, produktivi­ti, kualiti dan ketepatan masa pelbagai perkhidmat­an yang ditawarkan kepada pelanggan.

Pusat tersebut merupakan yang pertama di rantau ini yang membolehka­n pelanggan menguji produknya yang berteknolo­gi canggih.

Nakamura berkata, pusat perkhidmat­an itu juga menyediaka­n bilik pameran sistem perubatan Fujifilm bernilai RM4 juta, menampilka­n teknologi pengimejan maju dan aliran kerja mesra pengguna bagi memenuhi permintaan perubatan semasa.

“Pada masa ini, hanya beberapa hospital didigitalk­an dan kami melihat potensi besar dalam melengkapk­an hospital yang dikendalik­an oleh kerajaan dan swasta dengan teknologi pengimejan perubatan kami. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia