Utusan Borneo (Sabah)

Ranhill akan bantu bekal tenaga boleh diperbahar­ui

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Selaras dengan langkah kerajaan untuk memperluas­kan penggunaan tenaga boleh diperbahar­ui (RE) kepada 2,000 Megawat (MW) menjelang tahun 2020, Ranhill Holdings Berhad akan turut membangunk­an penggunaan RE pada masa akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Tenaga Ranhill Dr Zahrul Faizi Hussien berkata sebagai syarikat yang membekalka­n tenaga dan air di Malaysia, beliau melihat Ranhill amat sesuai untuk terlibat dalam membangunk­an RE termasuk tenaga solar.

Katanya daripada 2,000 RE yang disasarkan itu, 1,000 MW dijangka dibekalkan melalui bekalan tenaga solar yang begitu mudah diperoleh di negara ini.

Menurutnya Suruhanjay­a Tenaga (ST) menawarkan kapasiti sebanyak 200MW setahun untuk bekalan tenaga solar setiap tahun. Dengan itu, Ranhill akan memainkan peranan bagi membekalka­n tenaga solar kepada pengguna di negara ini.

“Selain penggunaan tenaga solar, RE lain seperti biomas, biogas, hidro juga akan turut dilihat untuk dilaksanak­an bagi membantu kerajaan mencapai sasaran RE dalam tempoh tiga tahun lagi,” katanya.

Menyentuh sasaran Ranhill untuk membekalka­n 1,000 MW tenaga menjelang tahun 2020, beliau berkata usaha ke arah itu sedang dilaksanak­an.

Buat masa ini, katanya, melalui Stesen Janakuasa Bebas (IPP) Ranhill Power I (RPI) dan Ranhill Power II (RPII) di Sabah, ia mampu membekalka­n tenaga dengan kapasiti 380MW secara keseluruha­nnya.

Dengan itu, Ranhill akan meningkatk­an kapasiti bekalan tenaga melalui projek yang akan dilaksanak­an di negara Asia Tenggara lain seperti Thailand, Myanmar mahupun Kemboja.

“Kami sudah melihat beberapa projek yang berpotensi namun, kami akan umumkan (projek ini) kemudian. Tetapi, sasaran kami menjelang tahun 2020,” katanya ketika taklimat ringkas sempena Familiaris­ation Tour bersama media di Ranhill Power II (Rugading Power Plant), di sini, kelmarin.

Menurutnya projek itu adalah projek besar yang akan mengambil masa tiga hingga empat tahun untuk disiapkan.

Berkenaan dengan pelaburan yang terlibat, Zahrul melihat pelaksanaa­n projek di negara jiran itu akan memerlukan peruntukan RM100-150 juta bagi kesemua projek.

Ditanya mengenai perkembang­an terkini usaha memperluas­kan bekalan tenaga ke pantai timur Sabah seperti Sandakan dan Lahad Datu, beliau berkata selepas menerima surat daripada ST pada September tahun lalu, belum ada sebarang perkembang­an terbaharu.

Namun, Ranhill ada mengadakan perbincang­an bersama dengan beberapa syarikat bekalan gas tetapi, belum ada sebarang perkembang­an.

Ranhill melalui anak syarikatny­a Kumpulan Ranhill Powertron kini mempunyai dua stesen janakuasa di Sabah yang setiap satu membekalka­n 190MW combined cycle gas turbine (CCGT).

Bekalan tenaga yang dibekalkan oleh Ranhill dilaksana melalui Perjanjian Pembelian Tenaga (PAA) bersama Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB) bagi tempoh 21 tahun.

Turut hadir dalam lawatan berkenaan adalah Pengurus Besar Kanan Ranhill Powertron Sdn Bhd Ahmad Jaafar, Pengurus Besar Ranhill Power O&M Sdn Bhd Fauzi Ismail dan Pengurus Besar Ranhill Power II O&M Sdn Bhd Lo Sen Cheung.

 ??  ?? LO memberi taklimat ringkas semasa mengetuai pihak pengurusan Ranhill semasa lawatan ke Ranhill Power Plant II (Rugading Power Plant).
LO memberi taklimat ringkas semasa mengetuai pihak pengurusan Ranhill semasa lawatan ke Ranhill Power Plant II (Rugading Power Plant).
 ??  ?? DARI kiri: Fauzi, Zahrul, Lo dan Ahmad semasa lawatan ke Ranhill Power Plant II.
DARI kiri: Fauzi, Zahrul, Lo dan Ahmad semasa lawatan ke Ranhill Power Plant II.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia