Utusan Borneo (Sabah)

Yess bantu belia Sabah jadi usahawan Bakal dilancarka­n tidak lama lagi

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Skim Keusahawan­an Belia Sabah (Yess) bakal dilancarka­n bagi membantu golongan belia Sabah menjadi usahawan.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata ia adalah satu bentuk peruntukan khas yang akan diberikan kepada belia yang ingin melaksanak­an program keusahawan­an secara kredit mikro atau pinjaman.

“Kita berharap Yess ini dapat kita lancarkan sekitar Mac depan dan akan berusaha mencari belia seluruh Sabah yang mempunyai minat dalam bidang usahawan.

“Dalam Yess ini, kita mempunyai dua bentuk pinjaman iaitu persoranga­n dan berkumpula­n.

“Bagi perseorang­an, hadnya adalah RM2,000 dan untuk berkumpula­n dua hingga lima orang pula kita sediakan maksimum sebanyak RM5,000 kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Geran Tahunan kepada MBS dan 14 Badan Gabungan MBS, di sini, kelmarin.

Tawfiq berkata peruntukan Yess berkenaan juga mempunyai syarat-syarat yang perlu ada pada belia berkenaan.

“Ada kriteria tertentu yang kita letakkan seperti prasyarat kepada belia yang ingin mendapatka­n pinjaman kredit mikro di bawah sistem Yess ini. “Namun pada keseluruha­nnya, ia akan menjadi lebih mudah berbanding memohon pinjaman daripada institusi perbankan yang sedia ada pada hari ini.

“Kita akan letakkan syarat, antaranya mereka mestilah warganegar­a Malaysia berumur 21 hingga 30 tahun dan mempunyai lesen perniagaan yang sah,” jelasnya.

Beliau berkata untuk melayakkan diri memperoleh pinjaman berkenaan, belia juga mesti pernah mengikuti kursus tertentu berbentuk kemahiran yang membolehka­n mereka untuk memulakan perniagaan.

“Sebagai contoh, ada pelatih kita telah mengikuti kursus seperti menjahit, pastri mahupun pembaikan telefon bimbit atau program kemahiran lain yang mana mereka mahu memulakan perniagaan tetapi menghadapi kekangan kewangan.

“Maka, sistem Yess ini akan tampil memberikan bantuan kepada mereka berbentuk pinjaman.

“Ini adalah ehsan daripada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman yang mana hasil daripada kajian indeks belia Sabah mendapati bahawa antara domain yang memerlukan perhatian adalah kesejahter­aan sosial kehidupan anak-anak muda,” katanya.

Katanya ia adalah salah satu petunjuk yang mana kerajaan dapati ia masih rendah di negeri Sabah.

“Jadi, inilah yang kita cuba atasi melalui geran RM10 juta bagi meningkatk­an bilangan usahawan belia di Sabah.

“Kalau ia memberikan manfaat kepada golongan muda, saya yakin kerajaan negeri akan meneruskan­nya pada masa akan datang,” tambahnya.

“Dalam Yess ini, kita mempunyai dua bentuk pinjaman iaitu persoranga­n dan berkumpula­n. Bagi perseorang­an, hadnya adalah RM2,000 dan untuk berkumpula­n dua hingga lima orang pula kita sediakan maksimum sebanyak RM5,000 kepada mereka DATUK TAWFIQ ABU BAKAR TITINGAN Menteri Belia dan Sukan

 ??  ?? TAWFIQ (kiri) menyerahka­n plak Geran Bantuan Tahunan kepada para pemimpin belia sempena majlis itu.
TAWFIQ (kiri) menyerahka­n plak Geran Bantuan Tahunan kepada para pemimpin belia sempena majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia