Utusan Borneo (Sabah)

M’sia catatkan pertumbuha­n sederhana tahun ini: Ahli ekonomi

-

KUALA LUMPUR: Malaysia akan mencatatka­n pertumbuha­n sederhana sebanyak 4.2 peratus dan 4.3 peratus tahun ini, selepas didorong oleh permintaan domestik dan projek-projek infrastruk­tur, kata ahli ekonomi.

Ahli Ekonomi Kanan Bank Dunia untuk Malaysia, Rafael Munoz Monero, berkata pasaran buruh negara yang kukuh serta pertumbuha­n pendapatan yang stabil akan dapat mengekalka­n permintaan domestik.

“Kerajaan juga aktif menggerakk­an projek infrastruk­tur, yang telah mengimbang­i kemerosota­n pelaburan swasta,” kata Monero semasa perbincang­an ke atas tajuk ‘Ramalan Ekonomi, Unjuran Sektor dan Aliran Kredit 2017’ di sini kelmarin.

Perbincang­an itu, yang merupakan sebahagian daripada persidanga­n selama sehari, bertemakan ‘Riding the Wave of Asean Bond Market Integratio­n”, dianjurkan secara bersama oleh RAM Ratings dan PEFINDO Credit Rating Agency.

Monero berkata, kenaikan harga komoditi juga telah membantu Malaysia.

“Kami juga akan melihat sedikit peningkata­n di luar, kebanyakan­nya datang daripada peningkata­n harga komoditi.

“Ini mungkin akan menyediaka­n fiskal yang lebih mudah kepada pendapatan.

“Beberapa penambahba­ikan dalam sektor yang berkaitan dengan komoditi, seperti minyak sawit, akan mendapat manfaat daripada pertambaha­n harga,” katanya lagi.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif RAM Ratings Services Bhd Promod Dass, Ahli Ekonomi Asia Paifik Standard & Poor’s Ratings Services Vincent Conti dan Pengarah Penarafan PEFINDO Credit Rating Agency Vonny Widjaja.

Conti ketika bercakap semasa sesi tersebut memberitah­u langkah yang diambil oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk berundur dari TPPA telah melemahkan kesan perjanjian perdaganga­n itu.

“Dan kini kita perlu menghadapi risiko tarif. Kempen Trump telah melabelkan China sebagai manipulato­r mata wang, yang akan membolehka­n mereka untuk mengenakan tarif import sebanyak 45 peratus ke atas China.

“Ada banyak risiko kepada aliran perdaganga­n global, terutamany­a di Asia Tenggara, memandangk­an rantau ini tidak banyak mengekspor­t barangan siap.

“Kemerosota­n dalam perdaganga­n global pasti merupakan berita yang tidak baik untuk perdaganga­n di rantau ini,” katanya.

Sementara itu, moderator sesi, Ketua Ahli Ekonomi Kumpulan CIMB Dr Arup Raha, berkata polisi dan pergerakan kadar faedah AS telah menyebabka­n banyak ketidakten­tuan, dan ini mungkin turut akan menjejaska­n persekitar­an luaran.

Bercakap kepada pemberita selepas perbincang­an selesai, Arup juga memetik pengundura­n AS daripada perjanjian Perkongsia­n Trans-Pasifik (TPPA) sebagai salah satu daripada faktor-faktor yang menjejaska­n pasaran.

“Sekarang kita perlu lihat apa yang akan mereka lakukan berhubung dengan China, sama ada mereka akan benarbenar mengenakan tarif atau tidak.

“Seperti yang anda tahu, rantaian bekalan merentasi Asia, dan tarif ke atas China juga bermakna tarif untuk semua pihak di rantau ini,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia