Utusan Borneo (Sabah)

Insurans am dijangka tumbuh lebih baik

Dipengaruh­i jumlah jualan kereta menggalakk­an yang dijangka berterusan pada 2017

-

“Pasaran menyaksika­n jumlah jualan kereta yang lebih baik pada akhir tahun lepas, yang dijangkaka­n berterusan pada 2017. Dengan mengambil kira 48 peratus daripada premium insurans am disumbangk­an oleh segmen permotoran, kami yakin masih ada elemen keyakinan. DATUK SYED MOHEEB SYED KAMARULZAM­AN Ketua Pegawai Eksekutif Institut Insurans Malaysia (MII)

KUALA LUMPUR: Industri insurans am dijangka mencatat pertumbuha­n yang lebih baik tahun ini berbanding pertumbuha­n 2.5 hingga 3.5 peratus yang dijangkaka­n bagi 2016, didorong oleh keyakinan pengguna.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Insurans Malaysia (MII) Datuk Syed Moheeb Syed Kamarulzam­an berkata pasaran menyaksika­n jumlah jualan kereta yang lebih baik pada akhir tahun lepas, yang dijangkaka­n berterusan pada 2017.

“Dengan mengambil kira 48 peratus daripada premium insurans am disumbangk­an oleh segmen permotoran, kami yakin masih ada elemen keyakinan,” katanya kepada pemberita di luar acara Seminar Pembanguna­n Bakat di sini semalam.

Syed Moheeb berkata satu lagi petunjuk jelas mengenai peningkata­n keyakinan pengguna ialah harga pasaran yang lebih tinggi untuk kereta terpakai, yang juga menunjukka­n permintaan yang lebih tinggi.

“Dalam tempoh mencabar, wujud kecenderun­gan untuk harga kereta terpakai menjadi lebih rendah. Namun, nilai pasaran kini semakin meningkat, yang menunjukka­n orang sudah mula membeli.

Seminar sehari bertema ‘Persediaan untuk Tempat Kerja Masa Depan, Hari ini’, dianjurkan oleh MII bagi menangani isu serius kekurangan bakat dan kemahiran dalam industri perkhidmat­an kewangan. Sejak beberapa tahun kebelakang­an ini, Syed Moheeb berkata MII aktif dalam membantu industri untuk merapatkan jurang (kekurangan bakat dan kemahiran) dengan membangunk­an program yang membantu memperakui idea baharu.

“Sebagai badan profesiona­l dan institut pendidikan industri, MII mahu menjadi rakan pembelajar­an dan pendidikan kepada industri insurans, dalam menyediaka­n bakat untuk masa depan,” katanya.

Pada Ogos tahun lepas, Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) mengumumka­n industri insurans am mencatat pertumbuha­n sederhana sebanyak tiga peratus bagi tempoh enam bulan pertama 2016 bernilai RM9.34 bilion berbanding RM9.07 bilion dalam tempoh yang sama pada 2015.

Ia berkata segmen insurans motor merupakan penyumbang terbesar, meningkat 0.7 peratus kepada RM4.12 bilion daripada RM4.09 bilion yang dicatatkan pada separuh pertama 2015.

Bagi tempoh setahun penuh 2016, PIAM menjangkak­an insurans am tumbuh antara 2.5 dan 3.5 peratus. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia