Utusan Borneo (Sabah)

Peranan bank penting dalam menyokong pertumbuha­n negara

-

KUALA LUMPUR: Peranan bank penting dalam menyokong pertumbuha­n negara dengan memperluas­kan kemudahan kredit kepada perniagaan dan isi rumah, dan akan terus melaksanak­annya sejajar dengan tahap aktiviti ekonomi.

Menurut Persatuan BankBank Malaysia (ABM) dalam kenyataan semalam, bank komersial sentiasa aktif dalam perniagaan pinjaman dan perniagaan yang berdaya maju akan terus berupaya mendapat pembiayaan.

Mengenai laporan barubaru ini bahawa bank mempunyai kapasiti yang terhad untuk memberi lebih pinjaman, ABM berkata bank-bank komersial masih komited untuk menyokong perniagaan dan syarikat korporat.

“Perniagaan yang menghadapi cabaran dalam permohonan pinjaman mereka digalakkan berbincang dengan pemberi pinjaman mereka apabila membuat penilaian bagi sebarang kemudahan yang mereka mohon.

“Syarikat korporat dan usahawan digesa membuat perbanding­an bagi pakej pembiayaan yang terbaik yang memenuhi keperluan mereka,” katanya.

ABM berkata bank komited untuk meningkatk­an keupayaan mereka bagi menyokong perniagaan dan usahawan yang termasuk menawarkan pelbagai pakej pinjaman untuk memenuhi keperluan perusahaan yang inovatif.

Persatuan itu berkata mudah tunai sistem perbankan tempatan kekal baik berikutan nisbah liputan mudah tunai di bawah Basel III sektor itu sebanyak 125 peratus sehingga Disember tahun lepas.

“Nisbah pinjaman kepada deposit sektor itu juga kukuh sebanyak 89.9 peratus dengan tahap pinjaman terjejas bersih kekal pada 1.2 peratus daripada pinjaman bersih, dan nisbah liputan pinjaman sebanyak 90.2 peratus sehingga pada Disember 2016,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia