Utusan Borneo (Sabah)

KDNK M’sia tumbuh 4.2% dan 4.5% pada 2016 dan 2017

-

KUALA LUMPUR: RAM Rating Services Bhd mengunjurk­an keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia tumbuh 4.5 peratus tahun ini, yang merupakan ‘pemulihan kecil’.

Dalam terbitan ‘Economy Outlook 2017’ bagi November, ia berkata momentum petumbuhan diunjur meningkat selepas kedudukan lemah yang direkodkan dalam tempoh beberapa tahun lepas, yang berpunca daripada permintaan domestik yang semakin stabil.

Penggunaan swasta dijangkaka­n mengukuh kepada 5.5 peratus hasil daripada pembanguna­n infrastruk­tur semasa.

“Permintaan luar merupakan faktor ketidakten­tuan terbesar dari segi prestasi ekonomi,” katanya.

Bagi 2016, RAM Ratings mengunjurk­an ekonomi negara mencatatka­n pertumbuha­n 4.2 peratus, dengan daya tahan disokong oleh permintaan domestik.

“Permintaan luar kekal lemah tahun lepas, walaupun kadar tukaran yang kompetitif bagi pengekspor­t domestik.

“Pertumbuha­n penggunaan swasta pula dijangkaka­n mengukuh kepada 5.8 peratus selepas kejutan pelaksanaa­n Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) pada tahun sebelumnya.

Sementara itu, RAM Ratings berkata walaupun data tempahan ekoport kehadapan dan momentum kitaran teknikal menyumbang kepada peningkata­n eksport ke atas barangan elektronik dan elektrik baru-baru ini, terdapat juga risiko menurun.

Sebagai contoh, RAM Ratings berkata ketidakten­tuan mengenai pendirian Amerika Syarikat ke atas perdaganga­n dan pelaburan selain kedudukan BREXIT masih merupakan faktor penting kepada unjuran pertumbuha­n Malaysia pada 4.5 peratus yang optimistik namun berhati-hati. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia