Utusan Borneo (Sabah)

AIM bantu usahawan ibu tunggal: Hamisa

Boleh mohon pinjaman mikro untuk mulakan sesuatu perniagaan

-

Ada segelintir wanita yang berminat untuk berniaga tetapi sukar untuk membuat pinjaman boleh menggunaka­n AIM untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Setakat ini, AIM boleh bertindak sebagai bank tidak rasmi kepada usahawan wanita. DATUK HAMISA SAMAT Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat

TAWAU: Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) bukan sahaja berusaha untuk membantu dan membangunk­an ekonomi rakyat termiskin di luar bandar sehingga berjaya melahirkan beriburibu usahawan kecil serta sederhana tetapi juga tidak melupakan nasib golongan ibu tunggal yang bercerai atau kematian suami.

Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Hamisa Samat berkata golongan usahawan wanita digalak mendapatka­n pinjaman kewangan mikro daripada AIM untuk memulakan atau menaiktara­f perniagaan dengan lebih mudah.

Katanya ada segelintir wanita yang berminat untuk berniaga tetapi sukar untuk membuat pinjaman boleh menggunaka­n AIM untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.

“Setakat ini, AIM boleh bertindak sebagai bank tidak rasmi kepada usahawan wanita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika meninjau sebahagian golongan ibu tunggal mendengar taklimat mengenai AIM dan pembayaran balik yang membuat pinjaman di Balai Raya Kampung Tanjong Batu Laut, di sini, kelmarin.

Di kawasan perkampung­an itu, seramai 35 wanita meminjam daripada AIM untuk menjalanka­n perniagaan secara kecil-kecilan bermula RM2,000, dengan bayaran balik RM45 seminggu.

Hamisa yang juga Adun Tanjung Batu berkata skim khas itu adalah Skim Pembiayaan Ibu Tunggal atau Skim Khas Ibu Tunggal (SKIT). Ia bertujuan meningkat dan memantapka­n taraf ekonomi dan sosial golongan ibu tunggal.

Jelasnya pinjaman atau pembiayaan yang diberikan kepada ibu tunggal itu tidak ada cagaran dan faedah dikenakan, dan tiada tindakan undangunda­ng bagi memudahkan mereka memulakan perniagaan.

“Bagi mereka yang ingin mendapat bantuan di bawah skim itu, disyaratka­n menubuhkan kumpulan dengan mereka yang tiada pertalian saudara rapat dan secara sukarela.

“Ibu-ibu tunggal yang memerlukan pinjaman untuk mengukuhka­n lagi ekonomi rumahtangg­a mereka boleh mengadakan pakatan dengan menubuhkan kumpulan atau menghubung­i pihak AIM di cawangan Tawau, atau seluruh Sabah,” katanya.

 ??  ?? HAMISA bergambar kenangan dengan kumpulan ibu tunggal di perkampung­an Kampung Tanjong Batu Laut bersama pegawai AIM Tawau.
HAMISA bergambar kenangan dengan kumpulan ibu tunggal di perkampung­an Kampung Tanjong Batu Laut bersama pegawai AIM Tawau.
 ??  ?? HAMISA bertanyaka­n prestasi ibu-ibu tunggal yang membuat pinjaman.
HAMISA bertanyaka­n prestasi ibu-ibu tunggal yang membuat pinjaman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia