Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan Persekutua­n peruntuk RM900,000 kepada gereja, capel di Putatan

- Oleh JOHN TAMBANAN

PUTATAN: Kerajaan Persekutua­n memperuntu­kkan sejumlah RM900,000 untuk membantu gereja dan capel di kawasan Parlimen Putatan.

Ahli Parlimen Putatan Datuk Dr Marcus Mojigoh berkata peruntukan itu diluluskan sendiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya sendiri pergi berjumpa dengan Perdana Menteri( untuk peruntukan itu),” katanya pada majlis penyampaia­n cek kepada gereja-gereja dan capel, di sini, pada Isnin.

Gereja dan capel yang menerima peruntukan itu ialah St Catherine Putatan sebanyak RM400,000, St Simon Duvanson (RM200,000), Gereja Stella Maris (RM100,000), St Peter Tombovo (RM100,000), Our Lady Fatimah (RM50,000), Bethel Church of Sabah (RM10,000), Basel Christian Churchof Malaysia( R M 10,000) dan Calvary Charismati­c Centre (RM10,000).

Mojigoh berkata peruntukan itu juga akan membantu mewujudkan tadika di Duvanson.

Sementara itu, Archbishop Datuk John Wong menyatakan penghargaa­nnya kepada Mojigoh kerana memohon peruntukan itu daripada Kerajaan Persekutua­n.

Katanya kebanyakan gereja dan capel di Putatan sudah berusia lebih 30 tahun dan amat memerlukan pembaikan.

Menurutnya pembanguna­n perumahan yang terus bertambah turut menyumbang kepada peningkata­n populasi penduduk di kawasan Putatan dan sudah tentu menerlukan gereja yang lebih besar.

John juga memberitah­u bahawa kelewatan pembinaan gereja itu disebabkan barangan bangunan yang terlalu mahal dan kekangan kewangan.

“Walaupun ada usaha untuk mencari kewangan tetapi ia masih tidak mencukupi,” katanya.

 ??  ?? MOJIGOH dan John (tengah) bersama wakil-wakil gereja (penerima) peruntukan berkenaan.
MOJIGOH dan John (tengah) bersama wakil-wakil gereja (penerima) peruntukan berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia