Utusan Borneo (Sabah)

DJ Dave raikan ulangtahun kelahiran bersama 50 kanak-kanak istimewa Kota Kinabalu

- Oleh ALFRED PETRUS

SEMPENA ulangtahun kelahirann­ya yang ke-69, penghibur tanah air Datuk Irwan Shah Abdullah meraikanny­a bersama-sama 50 kanak-kanak istimewa dari sekitar Kota Kinabalu.

Beliau yang juga lebih dikenali sebagai DJ Dave dengan lagu hitsnya iaitu ‘Ingin Bersua’ berkata sambutan ulangtahun kelahirann­ya yang bersamaan dengan Hari Kekasih itu mengambil tema ‘Love is to Serve’ yang mana membawa bersama empat rumah kebajikan untuk bersama-sama meraikan majlis berkenaan.

“Saya dapat meraikan sambutan ulangtahun kelahiran saya dengan ramai kanak-kanak istimewa dari empat rumah kebajikan iaitu Jireh Home, Bukit Harapan, Seri Mengasih Centre dan Sabah Cheshire Home & Service.

“Saya membawa bersama kanak-kanak istimewa ini untuk meraikan ulangtahun kelahiran saya kerana mereka inilah yang saya rasa selalu mendorong dalam kerjaya saya sejak mula berkecimpu­ng dalam dunia seni.

“Saya berada dalam bidang nyanyian ini sudah 46 tahun, dan selama itulah saya akan meraikan ulangtahun saya bersama kanak-kanak istimewa dari seluruh Malaysia,” katanya.

Tambahnya bukan sahaja di Malaysia tetapi beliau juga akan membawa kanakkanak istimewa di mana sahaja dia berada.

“Inilah dorongan saya apabila seorang kanak-kanak istimewa bertanyaka­n kepada saya kenapa menyanyika­n lagi bahasa Inggeris dan Hindi sahaja, kenapa tidak Bahasa Melayu.

“Selepas itu, saya telah menukarkan lagu Hindi itu kepada Bahasa Melayu dan seterusnya tidak pernah melupakan dorongan yang diberikan oleh kanak-kanak itu.

“Dan sehingga kini, di mana sahaja saya berada, di Australia, Singapura, Semenanjun­g Malaysia, Sabah mahu pun Sarawak, saya akan tetap mencari rumah-rumah kebajikan di tempat itu untuk meraikan ulangtahun kelahiran saya,” katanya.

Jelasnya sambutan ulangtahun kelahirann­ya yang ke-69 itu agak istimewa sedikit kerana beliau memilih untuk berlayar sekitar perairan Kota Kinabalu bersamasam­a kanak-kanak istimewa berkenaan.

“Saya membawa mereka ini bukan sahaja kerana rasa terdorong tetapi mahu kanak-kanak ini merasakan sendiri keindahan hasil ciptaan Tuhan seperti pulau-pulau sekitar Kota Kinabalu dan melihat Bandaraya Kota Kinabalu dari laut.

“Dan, ini adalah kali kelima atau keenam saya menyambut hari kelahiran saya di Sabah bersama kanak-kanak istimewa ini,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya media berkenaan projek terbaharun­ya dalam industri nyanyian, katanya beliau sudah merakamkan sebuah lagu untuk peminatnya.

“Saya sudah merakamkan sebuah lagu tetapi belum lagi dapat dipasarkan kerana masa belum sesuai lagi,” jelasnya.

Namun katanya, beliau mempunyai perancanga­n untuk menerbitka­n rakaman konsertnya yang terbesar setakat ini.

“Saya pernah merakamkan konsert saya di Istana Budaya empat tahun lepas yang terbesar.

“Mungkin ia akan diedarkan sebelum Hari Raya sekitar April atau Mei.

“Saya harap anda akan terhibur dengan konsert itu yang mana saya menyanyika­n sebanyak 40 lagu dan menyanyika­n semua lagu dari era 70-an ke atas. Saya juga memakai pakaian mengikut zaman lagu itu dipopulark­an,” katanya.

Menurutnya itulah satusatuny­a rakaman konsert beliau yang akan diedarkan tidak lama lagi.

“Saya harap peminat akan terhibur dengan lagu-lagu lama dan baharu saya ini,” katanya.

 ??  ?? REAKSI salah seorang kanak-kanak istimewa apabila DJ Dave (kiri) menyanyika­n lagu sambil memegang tangannya.
REAKSI salah seorang kanak-kanak istimewa apabila DJ Dave (kiri) menyanyika­n lagu sambil memegang tangannya.
 ??  ?? DJ DAVE (kanan) turut menghiburk­an tetamu dan kanakkanak istimewa yang hadir.
DJ DAVE (kanan) turut menghiburk­an tetamu dan kanakkanak istimewa yang hadir.
 ??  ?? DJ DAVE (kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada kanak-kanak istimewa.
DJ DAVE (kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada kanak-kanak istimewa.
 ??  ?? DJ DAVE (tengah) memotong kek ulangtahun kelahirann­ya bersama kanak-kanak istimewa.
DJ DAVE (tengah) memotong kek ulangtahun kelahirann­ya bersama kanak-kanak istimewa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia