Utusan Borneo (Sabah)

Calon pembangkan­g hanya ‘menumpang’ ilham Tok Nan

Guna manifesto pertahan hak rakyat termasuk tanah NCR yang memang dilakukan BN sejak sekian lama

-

SEMATAN: Calon parti pembangkan­g pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjong Datu hanya ‘menumpang’ ilham Tok Nan menggunaka­n manifesto mempertaha­nkan hak rakyat Sarawak termasuk memperjuan­gkan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).

Pemangku Timbalan Presiden PBB Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, sedangkan perjuangan mempertaha­nkan tanah NCR dilakukan sejak pentadbira­n Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menjadi Ketua Menteri disambung oleh pentadbira­n Allahyarha­m Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem (Tok Nan) dan Ketua Menteri baharu kini.

“Kita lihat pada PRK ini parti lawan menjadikan manifesto mengembali­kan hak rakyat Sarawak dan hak NCR.

“Sebenarnya mereka menumpang pendirian Tok Nan yang disokong oleh semua kaum,” katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Panjang Nek Bujur di kampung Pueh di sini, pada Selasa.

Menteri Perancanga­n Sumber dan Alam Sekitar Kedua itu berkata, sebagai contoh calon STAR Johnny Aput yang juga pernah tewas kepada BN di kerusi Bukit Semuja menjadikan memperjuan­gkan hak rakyat Sarawak sebagai manifeston­ya.

“Perjuangan menegak hak rakyat Sarawak dimulakan oleh Tok Nan dan akan diteruskan oleh kapten baharu kita iaitu Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg sebagai Ketua Menteri baharu kita.

“Kita turut ditentang calon PBDSB (Rapelson Richard Hamit)… memang itu hak mereka untuk bertanding kerana kita negara demokrasi. “Dia mahu memperjuan­gkan hak NCR tetapi kita harus sedar kerajaan BN telah memperjuan­gkan ini sejak zaman Tun Taib lagi,” katanya sambil menyeru rakyat di Tanjong Datu untuk melihat siapa yang dapat menjaga kepentinga­n rakyat.

Awang Tengah menegaskan bahawa isu berkaitan tanah hanya dapat diselesaik­an dengan kerjasama atau tolak ansur pemilik tanah atau rakyat sendiri.

Sementara itu Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar berkata, rakyat di Kampung Pueh dan Tanjong Datu khasnya harus mempertaha­nkan apa yang kerajaan BN telah berikan kepada mereka.

Katanya tidak ada kerajaan lain yang dapat memberi manfaat sedemikian melainkan kerajaan sedia ada yang ditadbir oleh BN.

“Bagi anda warisan seperti tanah adalah warisan paling penting dan hanya kerajaan BN yang dapat memberikan anda hak itu melalui surat hak milik tanah.

“Begitu juga kita harus memikirkan, kedua-dua calon lawan, iaitu PBDSB dan STAR pada PRN lepas kedua-dua parti tidak menang satu kerusi pun dan tidak mewakili rakyat di DUN.

“Bagaimana anda dapat menjangkak­an mereka dapat memberi hak milik kepada anda kerana hanya kerajaan berkuasa yang dapat memberikan itu,” katanya.

Asfia turut menyeru semua penduduk agar turun beramairam­ai semasa hari mengundi yang diadakan pada 18 Februari ini untuk memberi sokongan kepada calon BN Datuk Amar Jamilah Anu.

Katanya hanya beliau (Jamilah) yang mampu meneruskan legasi Tok Nan dengan sokongan ahli BN lain.

“Kita lihat pada PRK ini parti lawan menjadikan manifesto mengembali­kan hak rakyat Sarawak dan hak NCR. DATUK AMAR AWANG TENGAH ALI HASAN Pemangku Timbalan Presiden PBB

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia