Utusan Borneo (Sabah)

Kehadiran Watson tarik sokongan kepada Jamilah

-

LUNDU: Kehadiran bekas jaguh pecut Sarawak, Watson Nyambek dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjong Datu menarik sokongan rakyat kepada calon Barisan Nasional (BN) Datuk Amar Jamilah Anu.

Watson turun padang membantu calon BN berkempen bermula Sabtu lepas sebagai membalas jasa dan budi Allahyarha­m Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem yang telah membantu beliau dan keluargany­a dalam saat sukar.

Pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Sungai Lundu di sini malam kelmarin, Watson sekali lagi mengingatk­an pengundi di Tanjong Datu agar keluar menunaikan tanggungja­wab mereka pada 18 Februari ini.

“Seperti yang kita sedia maklum, Tok Nan telah banyak membantu saya ketika berhadapan dengan masalah kewangan dan telah memberikan sebuah rumah yang selesa buat saya dan keluarga.

“Sebagai tanda berterima kasih kepada Tok Nan saya membuat keputusan untuk turun membantu Tok Milah berkempen dan memastikan beliau menang pada hari pengundian 18 Februari ini nanti,” katanya.

Watson yang memulakan kempen di Tanjong Datu pada Sabtu lepas dengan berjumpa masyarakat di pekan Lundu dan seterusnya menyertai Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dari kampung ke kampung akan kembali semula ke Miri hari ini atas tuntutan tugas.

Menteri Kemudahan Awam Dato Sri Stephen Rundi Utom turut hadir pada majlis itu untuk berjumpa dengan rakyat di kawasan itu serta menjelaska­n mengenai isu-isu serta dasar-dasar kerajaan.

Rundi yang juga Setiausaha Agung BN Negeri berkata, PRK Tanjong Datu adalah penting bagi memilih pengganti yang akan meneruskan misi dan visi Tok Nan di kerusi Tanjong Datu.

“Tanpa anda sedar Tok Nan telah membawa kirakira RM1.3 bilion projek di Tanjong Datu, tidak termasuk RM129 juta bagi menambah baik bekalan air di Tanjong Datu, Opar dan Tasik Biru.

“Jadi, tiada sebab untuk anda tidak menyokong calon kita Tok Milah apatah lagi beliau sememangny­a amat rapat dengan kami dalam BN.

“Malah anak beliau sendiri, Azizul Annuar amat merendah diri dan saya amat berbangga dengan Azizul yang memiliki ciri-ciri keperibadi­an Tok Nan kita,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu, Menteri Muda Bekalan Air Datuk Roland Sagah, Timbalan Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Gerald Rentap Jabu serta pemimpinpe­mimpn BN dan PBB yang lain.

 ??  ?? WATSON (dua kanan) turun membantu Jamilah yang diwakili anaknya Azizul (lima kanan) berkempen sempena PRK Tanjong Datu.
WATSON (dua kanan) turun membantu Jamilah yang diwakili anaknya Azizul (lima kanan) berkempen sempena PRK Tanjong Datu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia