Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan teliti, cari jalan selesai isu NCR

-

LUNDU: Kerajaan negeri akan meneliti dan mencari jalan penyelesai­an isu tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) terutama ‘Pemakai Menoa’ dan ‘Pulau Galau’.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata bagi tujuan itu beliau telah dilantik sebagai pengerusi jawatankua­sa ‘Pemakai Menoa dan ‘Pulau Galau’.

“Jawatankua­sa ini telah mengadakan rundingan beberapa kali namun kami masih perlu melakukan banyak kajian melibatkan pelbagai isu seperti (aspek) sejarah, adat sebelum laporan penuh diserahkan kepada Ketua Menteri (Datuk Amar Abang Johari Tun Openg,” katanya.

Beliau menambah, isu pertikaian ‘Pemakai Menoa’ dan ‘Pulau Galau’ sedang diteliti dan Ketua Menteri memberi perhatian serius kepada perkara itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Sungai Limo, dekat sini pada Selasa.

Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar berkata isu tanah khususnya di kawasan luar bandar semasa pilihan raya bukan suatu yang baharu begitu juga ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjong Datu.

Dalam perkembang­an berkaitan Uggah berkata penduduk di Kampung Sungai Limo khasnya dan Tanjong Datu amnya menunjukka­n keyakinan kepada kerajaan negeri untuk menyelesai­kan isu berkaitan NCR.

“Kenyataan kita (kerajaan BN) tidak sekadar retorik tetapi berusaha mencari penyelesai­an terbaik kepada isu ini,” katanya.

Terdahulu semasa berucap pada majlis itu Uggah berkata PRK Tanjong Datu amat penting dan kemenangan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Amar Jamilah Anu akan memastikan semua perancanga­n pembanguna­n penyandang­nya yang juga bekas Ketua Menteri Allahyarha­m Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dapat dilaksanak­an.

Beliau berkata antara pelan pembanguna­n yang telah diluluskan ialah projek pertanian berjumlah RM5.6 juta dilaksanak­an di bawah Jabatan Pertanian.

“Satu lagi projek yang diluluskan pelaksanan­nya ialah pusat pengumpula­n hasil pertanian dan ternakan bernilai RM300,000 terletak di Persatuan Peladang Kawasan Sri Gading di sini.

“Oleh itu berilah sokongan padu kepada calon BN kita pada 18 hari bulan nanti kerana beliau amat tahu aspirasi dan pelan pembanguna­n Tok Nan (Adenan),” katanya.

Sokongan kepada calon BN itu juga katanya, bukti rakyat di kawasn Tanjong Datu khasnya memberi sokongan kepada Ketua Menteri yang baharu iaitu Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.

Sementara itu anak kepada Jamilah, Azizul Adenan berkata selepas kira-kira 11 hari berkempen, pesanan ibunya masih sama iaitu ‘berikan kepercayaa­n beliau untuk meneruskan perjuangan arwah ayah saya’.

“Saya juga ingin menyeru kepada pengundi-pengundi di Tanjong Datu yang berada di luar Tanjong Datu untuk datang mengundi pada 18 Februari nanti,” katanya.

Hadir sama Menteri Kemudahan Awam Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Penguang Manggil, Menteri Muda Bekalan Air Datuk Roland Sagah Wee Inn dan Penasihat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia