Utusan Borneo (Sabah)

Guru interim akan diberi peluang kedua

-

KUCHING: Kementeria­n Pendidikan Malaysia akan memberi peluang kedua kepada guru interim di Sarawak yang gagal dalam temu duga Suruhanjay­a Perkhidmat­an Pendidikan (SPP) pada tahun lepas.

Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata guru-guru interim itu akan dipanggil semula untuk sesi temu duga pada tahun ini, yang dijangka diadakan pada Jun.

“Hasrat kementeria­n adalah seiring dengan kerajaan negeri untuk mencapai polisi 90:10 pengambila­n guru di Sarawak terdiri daripada anak tempatan.

“Sebab itu, kementeria­n tidak ada masalah atau menghalang guru interim yang gagal dalam temu duga sebelum ini diberi peluang kedua untuk ditemu duga semula,” katanya pada sidang media sempena lawatannya ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tabuan Jaya di sini, semalam.

Menurut Mahdzir, seramai 900 guru interim di Sarawak mengikuti temu duga SPP pada tahun lepas dan daripada jumlah tersebut, 202 orang gagal.

Namun demikian, katanya walaupun gagal guru interim atau guru sandaran itu masih dibenarkan mengajar di sekolah kerajaan sementara menunggu temu duga kedua.

Jelas beliau, setiap guru interim dikehendak­i lulus temu duga SPP bagi membolehka­n mereka mengikuti kursus di Institut Pendidikan Guru (IPG) sebelum diserap ke dalam jawatan tetap.

“Untuk layak menjadi guru tetap, guru interim harus mempunyai Diploma Perguruan daripada IPG walaupun mereka merupakan pemegang ijazah sarjana muda daripada institusi pendidikan tinggi,” katanya.

Sementara sempena lawatannya ke SMK Tabuan Jaya, Mahdzir berkata kementeria­nnya meletakkan nama sekolah sukan negeri itu sebagai antara keutamaan untuk dinaikkan peruntukan bagi makanan asrama seorang pelajar sukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia