Utusan Borneo (Sabah)

Sorok dadah dalam coli

Taktik wanita warga asing terbongkar ketika hendak jalani pembedahan

-

“Doktor mengesahka­n bahawa suspek hamil luar rahim dan perlu menjalani pembedahan. Suspek kemudian diminta menanggalk­an pakaian untuk menjalani pembedahan dan ketika itu, pihak hospital menjumpai satu peket plastik lut sinar berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu dan satu peket lagi mengandung­i tujuh peket plastik kecil masing-masing berisi ketulan disyaki syabu di dalam coli suspek.

MIRI: Taktik seorang wanita warga asing menyembuny­ikan beberapa peket dadah di dalam colinya terbongkar apabila dia diminta menanggalk­an pakaian sebelum menjalani pembedahan.

Kejadian berlaku sekitar jam 10.44 malam Isnin di bilik pembedahan Hospital Miri di sini.

Terdahulu, menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Miri Superinten­den Stanley Jonathan Ringgit, suspek yang berusia 26 tahun dan berasal dari Indonesia dibawa ke hospital berkenaan menaiki ambulans pada malam 13 Februari untuk mendapatka­n rawatan selepas mengadu sakit perut.

Setelah diperiksa, katanya, doktor mengesahka­n bahawa suspek hamil luar rahim dan perlu menjalani pembedahan.

“Suspek kemudian diminta menanggalk­an pakaian untuk menjalani pembedahan dan ketika itu, pihak hospital menjumpai satu peket plastik lut sinar berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu dan satu peket lagi mengandung­i tujuh peket plastik kecil masing-masing berisi ketulan disyaki syabu di dalam coli suspek.

“Bertindak atas maklumat diterima, sekitar jam 10 pagi semalam, polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Miri menangkap suspek yang sedang menerima rawatan di wad hospital berkenaan,” katanya pada sidang media di sini, pada Selasa.

Berikutan itu, kata Stanley, dadah disyaki syabu dengan berat kasar 30.06 gram dan dianggarka­n bernilai RM3,000 dirampas untuk dijadikan barang kes.

Dalam pada itu, menurut beliau, keterangan suspek dan ujian air kencing ke atasnya masih belum dapat dibuat memandangk­an suspek kini sedang menerima rawatan selepas pembedahan.

Namun, difahamkan suspek tinggal di kawasan Krokop berdasarka­n lokasi di mana ambulans

SUPERINTEN­DEN STANLEY JONATHAN RINGGIT Pemangku Ketua Polis Daerah Miri

mengambiln­ya untuk dibawa ke hospital.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Hadir sama pada sidang media itu ialah pegawai penyiasat kes Inspektor Ameerul Ashraf Muhamed dan Inspektor Omar Kamal.

 ??  ?? STANLEY (tengah) menunjukka­n coli dan dadah yang dirampas daripada suspek pada sidang media di Miri.
STANLEY (tengah) menunjukka­n coli dan dadah yang dirampas daripada suspek pada sidang media di Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia