Utusan Borneo (Sabah)

69 sekolah baharu akan dibina di S’wak

-

KUCHING: Sebanyak 69 sekolah baharu akan dibina di Sarawak di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11).

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata pembinaan sekolah-sekolah itu adalah secara konvension­al yang akan mula dilaksanak­an tahun ini.

“Kerajaan sudah meluluskan pembinaan 69 buah sekolah baharu konvension­al di Sarawak dan ini akan dilaksanak­an di bawah RMK11,” katanya pada sidang media sempena lawatannya ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tabuan Jaya di sini, pada Selasa.

Dalam pada itu, Mahdzir berkata kementeria­nnya juga sudah mempunyai bajet untuk menyelengg­ara sekolah-sekolah daif di negeri ini.

“Keutamaan kita adalah untuk pendawaian semula elektrik, menyediaka­n bekalan air bersih dan membaiki bangunan yang rosak teruk.

“Kita sudah ada bajet dan akan mula melaksanak­annya pada tahun ini,” katanya.

Menurut beliau, terdapat sebanyak 415 sekolah di Sarawak yang dikenal pasti memerlukan penyelengg­araan dan daripada jumlah tersebut, 183 sekolah adalah dalam keadaan teruk.

Sementara, Mahdzir berkata Sekolah Kebangsaan (SK) St Martin di Kota Samarahan akan dipindahka­n ke tapak baharu, sebaik sahaja bangunan baharu yang terletak berhampira­n lokasi asalnya siap nanti.

Menjelas lanjut, beliau berkata bangunan baharu sekolah rendah tersebut akan dibina di tapak seluas 10 ekar.

“Apabila siap nanti, bangunan baharu ini akan mempunyai 24 kelas dan kemudahan kemudahan lain.

“Kementeria­n juga bercadang untuk menukar nama sekolah ini kepada SK Merdang,” katanya.

Bagaimanap­un, katanya pembinaan bangunan baharu sekolah itu yang dianggarka­n menelan kos hampir RM20 juta belum lagi dimulakan di mana ia akan mula ditender pada pertengaha­n tahun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia