Utusan Borneo (Sabah)

Kanak-kanak tanpa kerakyatan terus dibantu

-

KUCHING: Kementeria­n Kebajikan, Wanita dan Kesejahter­aan Komuniti (KKWKK) telah mengemukak­an sebanyak 84 permohonan kewarganeg­araan ke Putrajaya bagi kanak-kanak tanpa kerakyatan di Sarawak sejak Disember 2016 hingga Februari tahun ini.

Menterinya Datuk Fatimah Abdullah telah menubuhkan sebuah pasukan petugas khas untuk memudahkan urusan permohonan kewarganeg­araan tersebut selain bekerjasam­a dengan pihak Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) di Sarawak untuk mempercepa­tkan proses permohonan tersebut.

“Kita telah mengadakan mesyuarat bulanan sejak Disember tahun lepas sehingga Februari tahun ini dengan pihak JP N akan menyemak permohonan yang telah diterima sebelum ia diberikan kepada kementeria­n saya dan kemudianny­a dikemukaka­n kepada Putrajaya,” kata Fatimah.

Menurutnya, permohonan tersebut tertakluk di bawah Perkara 15A Perlembaga­an Persekutua­n yang menyatakan dalam sesuatu keadaan khas yang difikirkan­nya patut mengarahka­n supaya seseorang yang berumur kurang daripada 21 tahun didaftarka­n sebagai warganegar­a.

Fatimah berkata perkara itu diberikan maklum balas positif oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri pada Ogos tahun lepas.

Beliau berkata pasukan petugas yang ditubuhkan itu diketuai beliau sendiri yang juga dibantu oleh dua Menteri Muda di bawah kementeria­nnya Dr Abdul Rahman Ismail dan Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

“Kami juga akan mengadakan mesyuarat keempat kami dengan JPN bulan ini.

“Setakat ini, saya tidak pasti berapa banyak permohonan baharu yang telah diterima oleh pihak JPN,” katanya menambah.

Tegasnya, mesyuarat bulanan itu diadakan bagi mengelak sebarang kelewatan permohonan kewarganeg­araan yang akan memberi kesan kepada pendidikan formal untuk kanak-kanak tersebut di sekolah.

“Bagi pemohon baharu, kita nasihatkan agar permohonan dilakukan di cawangan pejabat JPN yang terdekat di seluruh negeri ini,” katanya.

Sebelum ini kanak-kanak tanpa kerakyatan yang bercadang untuk pergi ke sekolah memerlukan pas khas serta membayar yuran mengikut kadar yang telah ditetapkan bagi pelajar antarabang­sa yang sememangny­a membebanka­n golongan ibu bapa yang berpendapa­tan rendah.

Pada masa yang sama, beliau menggesa Jabatan Pendidikan Negeri memberi kelonggara­n dan membiarkan kanak-kanak tanpa kerakyatan itu untuk meneruskan pelajaran mereka seperti sedia kala sambil menunggu maklum balas permohonan tersebut.

Beliau turut dijadualka­n memberi taklimat kepada Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg mengenai pasukan petugas khas itu dalam masa terdekat ini.

 ??  ?? FATIMAH ketika ditemui pemberita di pejabatnya.
FATIMAH ketika ditemui pemberita di pejabatnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia