Utusan Borneo (Sabah)

MB Pahang umum blok asrama baharu untuk SMA Maran

-

MARAN: Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob kelmarin mengumumka­n pembinaan bangunan baharu empat tingkat bernilai kira-kira RM4.5 juta sebagai asrama pelajar perempuan Sekolah Menengah Agama Maran di sini.

Katanya bangunan itu yang akan dibina oleh Majlis Pembanguna­n Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) bagi menggantik­an blok asrama yang terbakar pada 7 Feb lalu serta sebuah lagi blok asrama yang diperbuat daripada kayu sepenuhnya.

“Pembinaan akan dilakukan dalam masa terdekat dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun,” katanya semasa berucap selepas meninjau keadaan blok asrama yang terbakar itu kelmarin.

Turut hadir Timbalan Menteri Sumber Manusia yang juga Anggota Parlimen Maran Datuk Seri Ismail Abd Muttalib.

Pada majlis itu Ismail menyampaik­an sumbangan kementeria­nnya berjumlah RM10,000 kepada sekolah agama berkenaan bagi membantu meringanka­n beban pihak pentadbira­n sekolah susulan tragedi tersebut.

Sementara itu, Adnan yang juga Pengerusi ECER Pahang dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pahang, berkata kerajaan negeri menerusi Yayasan Pahang turut menyampaik­an bantuan sekali gus RM1,000 seorang kepada 73 pelajar perempuan yang terjejas.

Dalam pada itu, Pengetua sekolah Shamsuri Shamsudin yang berterima kasih kepada kerajaan negeri dan ECERDC, berkata buat masa ini 73 pelajar terbabit tinggal di kuarters pengetua dan staf yang terletak di dalam kawasan sekolah.

“Saya dan staf tersebut memang tidak tinggal di situ kerana ada rumah sendiri di luar dan kami berulang-alik,” katanya.

Beliau berkata pada masa ini terdapat 127 pelajar perempuan dan 84 pelajar lelaki tinggal di asrama sekolah berkenaan. - Bernama

 ??  ?? MENTERI Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob (dua, kanan) meninjau asrama puteri Sekolah Menengah Agama Maran yang musnah terbakar dalam kejadian 7 Feb lepas ketika melawat di sekolah berkenaan, kelmarin. Turut hadir Timbalan Menteri Sumber Manusia...
MENTERI Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob (dua, kanan) meninjau asrama puteri Sekolah Menengah Agama Maran yang musnah terbakar dalam kejadian 7 Feb lepas ketika melawat di sekolah berkenaan, kelmarin. Turut hadir Timbalan Menteri Sumber Manusia...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia