Utusan Borneo (Sabah)

Kabinet setuju haramkan Dego Ride

Mengambil kira faktor keselamata­n pengguna

-

PUTRAJAYA: Kabinet bersetuju dengan keputusan Kementeria­n Pengangkut­an untuk mengharamk­an perkhidmat­an teksi motosikal ‘Dego Ride’ atas faktor keselamata­n.

Menteri Pengangkut­an, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pihaknya diminta memberi penerangan kepada orang ramai tentang faktor perkhidmat­an itu perlu dihentikan.

“Kita tidak akan membenarka­n perkhidmat­an itu (Dego Ride) terus beroperasi dan saya harap mereka akan menghentik­an perkhidmat­an ini,” katanya ketika ditemui pemberita di kementeria­nnya selepas menghadiri mesyuarat Kabinet, di sini kelmarin.

Ditanya sama ada beliau sedia untuk bertemu dengan wakil syarikat Dego Ride, Liow berkata beliau terbuka untuk bertemu namun tetap dengan pendirian untuk mengharamk­an perkhidmat­an itu atas faktor keselamata­n penumpang.

Katanya, setakat ini tiada wakil Dego Ride berjumpa dengan Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) susulan saman yang dikeluarka­n terhadap pemilik motosikal yang menyediaka­n perkhidmat­an itu.

“JPJ telah saman beberapa penunggang Dego Ride dan apabila mereka disaman, wakil syarikat juga dipanggil untuk soal siasat. Setakat ini (mereka) belum datang,” katanya.

Pada Selasa, JPJ dilaporkan mengeluark­an saman kepada tiga pemilik motosikal yang menyediaka­n perkhidmat­an Dego Ride kerana telah menyalahgu­nakan Lesen Kenderaan Motor (LKM).

Sebelum ini, Liow berkata perkhidmat­an Dego Ride menyalahi Seksyen 23 Akta Pengangkut­an Jalan Raya 1987 serta Seksyen 16 dan 47 Akta Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD) dan pengusaha syarikat tersebut boleh dihadapkan ke mahkamah.

Katanya, walaupun penggunaan motosikal mampu mengelak kesesakan lalu lintas namun ia juga membawa kemudarata­n kerana berdasarka­n statistik, penunggang motosikal menyumbang kira-kira 62 peratus kepada kemalangan maut pada tahun lepas. Bernama

“JPJ telah saman beberapa penunggang Dego Ride dan apabila mereka disaman, wakil syarikat juga dipanggil untuk soal siasat. Setakat ini (mereka) belum datang. DATUK SERI LIOW TIONG LAI Menteri Pengangkut­an

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia