Utusan Borneo (Sabah)

Polis masih siasat identiti sebenar Kim Chol

-

KUALA LUMPUR: Polis masih menyiasat identiti sebenar lelaki warga Korea Utara, Kim Chol yang mati di negara ini Isnin yang dilaporkan sebagai abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata pihaknya juga masih menyiasat sama ada dokumen perjalanan yang digunakan Kim Chol, 47, dokumen yang sebenar ataupun palsu.

“Setakat yang kami dapat sahkan lelaki warga Korea itu dikenali sebagai Kim Chol berdasarka­n dokumen perjalanan mangsa, namun kita masih siasat dokumennya (pasport) sama ada betul atau palsu.

“Saya menasihatk­an pihak media jangan membuat sebarang andaian dan apa-apa perkembang­an mengenai perkara ini kami akan maklumkan,” katanya ketika dihubungi Bernama kelmarin.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam kenayataan­nya pada Selasa berkata lelaki Korea Utara yang cuba mendapatka­n bantuan perubatan awal di kaunter khidmat pelanggan klia2 pada Selasa dikenali sebagai Kim Chol dengan pasportber­nombor8364­10070 dan dilahirkan di Pyongyang pada 10 Jun 1970.

Media asing melaporkan kononnya si mati adalah Kim Jong-Nam dan mendakwa beliau mati dibunuh.

Dalam pada itu, mayat Kim Chol dibawa ke unit forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) pukul 9.30 pagi tadi dari Hospital Putrajaya dengan kawalan ketat polis.

Pada pukul 10.50 pagi ini kelihatan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh memasuki perkaranga­n unit tersebut sebelum beredar 10 minit kemudian.

Kira-kira 50 wartawan tempatan dan asing mula berkumpul di perkaranga­n unit forensik itu sejak pukul 9 pagi tadi untuk mendapatka­n laporan lanjut tentang kes tersebut yang mendapat liputan luas media antarabang­sa.

Kim Chol dilaporkan berada di klia2 pada pukul 8 pagi untuk menaiki penerbanga­n ke Macau pada 9 pagi.

Beliau dilaporkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital dari klia2 setelah mengadu kurang sihat. Bernama

 ??  ?? VAN jenazah dipercayai membawa mayat Kim Jong Nam yang merupakan abang tiri kepada Presiden Korea Utara, Kim Jong Un, meninggalk­an Jabatan Forensik Hospital Putrajaya pagi kelmarin dan difahamkan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur.
VAN jenazah dipercayai membawa mayat Kim Jong Nam yang merupakan abang tiri kepada Presiden Korea Utara, Kim Jong Un, meninggalk­an Jabatan Forensik Hospital Putrajaya pagi kelmarin dan difahamkan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia