Utusan Borneo (Sabah)

Barcelona di ambang penyingkir­an sulung

Di Maria ledak dua gol bantu PSG kejutkan Barca 4-0 pada hari ulang tahun kelahirann­ya

-

PARIS, Perancis: Angel Di Maria menjaringk­an dua gol cantik pada hari ulang tahun kelahirann­ya ketika Paris Saint Germain (PSG) membelasah Barcelona 4-0 di Parc des Princes pada perlawanan pertama pusingan kedua Liga Juara-Juara Selasa lepas. Di Maria, bekas pemain Real Madrid, membuka jaringan pada mini tke-18 sebelum menjaringk­an gol kedua peribadi 10 minit selepas rehat dan meraikan ulang tahun kelahiran yang ke-29 beliau dengan bergaya. Pemain yang dibeli pada bulan Januari, Julian Draxler, juga menjaringk­an gol selain Edinson Cavani juga meraikan ulang ta- hun ke-30 beliau dengan satu gol pada minit ke-71.

Barcelona mengalami kekalahan terbesar mereka di Eropah sejak tewas 0-7 secara agregat kepada Bayern Munich di peringkat separuh akhir 2013 kejohanan.

Mereka kini bakal tersingkir buat kali pertama sebelum ke suku akhir dalam tempoh satu dekad, melainkan mereka boleh mencipta satu keajaiban di Nou Camp pada perlawanan kedua.

Malam Selasa lepas bagaimanap­un adalah milik PSG, dan skuad bimbingan Unai Emery akan memburu penampilan kelima berturut-turut di suku akhir.

“Untuk menewaskan Barcelona 4-0 pada hari ulang tahun kelahiran adalah sesuatu yang hebat, kami berasa sangat gembira sekali. Ia adalah perlawanan sempurna dan kami cukup gembira dengan keputusan ini,” kata Di Maria ketika memberitah­u penyiaran beIN Sports.

“Untuk meneruskan kemaraan, kami perlu mengulangi prestasi seperti ini. Kami menjaringk­an empat gol tetapi mereka berupaya melakukan perkara yang sama juga nanti (pada perlawanan kedua).”

PSG pernah disingkirk­an dari Liga Juara-Juara sebanyak dua kali oleh Barcelona dalam empat musim terakhir dan Barca juga mempunyai rekod yang baik ketika menentang pasukan yang dibimbing Emery dengan hanya tewas sekali dari 23 perlawanan sebelum Selasa lepas.

Tetapi skuad kendalian Luis Enrique, walaupun dengan kehebatan Lionel Messi, kelihatan hilang rentak hampir sepanjang permainan.

Mereka juga beraksi tanpa kapten pasukan, Thiago Silva kerana kecederaan dan Thiago Motta kerana penggantun­gan, bermakna Adrien Rabiot diturunkan dalam kesebelasa­n utama di bahagian tengah dan juga penampi- lan sulung pemain pertahanan, Presnel Kimpembe.

Draxler juga membuat penampilan sulung di Eropah bersama PSG dan beliau beraksi cemerlang ketika PSG mengasak awal dan menguji penjaga gol Barca, Marc-Andre ter Stegen lebih awal sebelum membuka jaringan.

Draxler dikasari di luar kotak penalti dan Di Maria melakukan satu tendangan percuma cantik untuk gol ketiga beliau dalam Liga Juara-Juara pada musim ini.

Cedera selepas kekasaran oleh Rabiot sebelum ini, Neymar mendapat rawatan buat seketika ketika gol pembukaan dijaringka­n.

Neymar kembali semula ke dalam padang tetapi Barca kelihatan tersentak dengan gol pembukaan pasukan tuan rumah dan gagal mencari rentak permainan dengan Luis Suarez, Messi dan juga kapten pasukan, Andres Ini- esta berjaya dikawal ketat. Barc a mempunyai satu peluang untuk mengikat kedudukan tetapi Andre Gomes melihat cubaannya ditepis penjaga gol PSG, Kevin Trapp. Ter Stegen menepis satu cubaan dari serangan pantas Draxler tetapi gagal menafikan gol kedua PSG lima minit sebelum rehat apabila menyempurn­akan umpanan Marco Verratti. Jangkaan Barca akan bangkit cemerlang selepas rehat bagaimanap­un berkecai apabila Di Maria menjaringk­an gol kedua peribadi dan ketiga perlawanan sebelum Cavani menjaringk­an gol ke-34 beliau musim ini dalam semua pertanding­an. — AFP

Untuk menewaskan Barcelona 4-0 pada hari ulang tahun kelahiran adalah sesuatu yang hebat, kami berasa sangat gembira sekali. Ia adalah perlawanan sempurna dan kami cukup gembira dengan keputusan ini. Angel Di Maria Perancang PSG

 ??  ?? DI Maria (kiri) mempamerka­n reaksinya selepas menjaringk­an gol pada aksi di Stadium Parc des Princes, Paris Selasa lepas. — Gambar AFP
DI Maria (kiri) mempamerka­n reaksinya selepas menjaringk­an gol pada aksi di Stadium Parc des Princes, Paris Selasa lepas. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia